Siakap Keli
pengeluaran khas kwsp
Gambar: Bernama/Twitter

Pengeluaran Khas KWSP Sudah Mula Dikreditkan, Pemohon Boleh Periksa Akaun

Tarikh pengkreditan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diawalkan dari 20 April ke 18 April hari ini.

Demikianlah seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan pada semalam.

Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan Pengeluaran Khas KWSP itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dari hari ini.

Justeru, bagi mana-mana pemohon yang sudah lulus permohonannya, anda boleh membuat semakan di akaun bank masing-masing.

Detik dinanti sudah pun tiba

Oleh itu, bagai pucuk dicita ulam mendatang, ramai warganet pada hari ini berkongsi keterujaan mereka yang telah pun menerima pengkreditan wang Pengeluaran Khas masing-masing.

Menerjah ke segenap ruang media sosial, antara warganet yang telah berjaya menerima ‘rezeki’ mereka ialah seorang pengguna Twitter bernama Haniff Bahari.

“Alhamdulillah, terima kasih atas rezekimu Ya Allah. Korang pun boleh semak akaun korang masing-masing dari semasa ke semasa ya! Moga berjaya dan tahniah!” katanya di Twitter.

Haniff turut berkongsi paparan tangkap layar akaun bank miliknya yang memaparkan transaksi pengkreditan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM10,000 diterimanya sebentar tadi.

Sementara itu, seorang lagi warganet yang bernama Yatie Chamangai turut tidak dapat menyimpan rasa gembiranya apabila rezeki yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

“Alhamdulillah, dah masuk KWSP Pengeluaran Khas. Korang tengoklah baki akaun Kakyat (namanya) sebelum duit KWSP masuk. RM3.83 sen je hingga hujung bulan. Kesian kan,” katanya.

Walaupun hanya memiliki jumlah baki serendah kurang RM5 dalam akaun, namun pengkreditan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 tersebut sedikit-sebanyak dapat membantu perbelanjaannya ketika ini.

Sementara itu, ada juga warganet lain seperti Mohammad Wahidin berkongsi keterujaannya menerima RM10,000 yang dikreditkan sebentar tadi.

“Semak bank terus hehehe,” katanya ringkas.

Ramadan sudah tiba di pertengahan, manakala Syawal pula bakal berkunjung tiba. Mungkin Pengeluaran Khas inilah ‘modal’ utama untuk menyambut Aidilfitri kelak.

Mungkin sebab itulah mereka berasa begitu gembira dan bersyukur kerana pengkreditan wang tersebut diterima tepat pada masanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menetapkan bahawa Pengeluaran Khas KWSP akan dikreditkan ke akaun pengguna masing-masing (yang layak) bermula 20 April kelak.

Bagaimanapun hasil rintihan dan suara rakyat yang didengari Tengku Zafrul, maka menteri tersebut secara rasminya mengumumkan bahawa pengkreditan itu diawalkan ke hari ini.

Tengku Zafrul mengumumkan pengumuman tersebut menerusi satu kenyataan dan video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya malam tadi.

“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya malam tadi.

Sumber: media sosial

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.