Terdapat lebih 1,200 jenis tembikai di seluruh dunia, namun tidak ada yang mampu tandingi harga sebiji tembikai jenis Densuke dari Jepun yang merupakan tembikai termahal di dunia.
Menurut Oddity Central, tembikai ini hanya tumbuh dan ditanam di bahagian utara Pulau Hokaido dan hanya berbuah dalam kuantiti yang sedikit, iaitu sebanyak 100 biji dalam setahun.
“Densuke dianggap salah satu tembikai yang jarang ditemui di dunia dan anda tidak akan jumpa di mana-mana pasar mahupun kedai runcit.
“Malah ada beberapa biji buah akan dibida oleh pembeli dengan harga yang tinggi hingga mencecah RM25,000 sebiji pada tahun 2019.
“Namun harga buah tembikai ini jatuh pada dua tahun lepas ketika pandemik Covid-19 melanda. Walaupun begitu, tembikai hitam ini masih kekal sebagai tembikai termahal di dunia setakat ini,” lapor Oddity Central.
Merujuk Oddity Central, tembikai ini terkenal dengan kulit hitam dan berkilat serta isinya yang segar. Bukan itu sahaja, kemanisan buah ini adalah lebih tinggi daripada jenis buah tembikai lain serta paling kurang kandungan biji.
Walaupun ciri-ciri unik buah tersebut akan memberi kesan pada harganya, namun sebenarnya ia berbaloi dengan masa yang diperlukan untuk menanam tumbuhan ini.
View this post on Instagram
“Beberapa lot pertama tanaman tahunan hingga menghasilkan harga yang tinggi ketika lelongan buah, tembikai Densuke masih boleh dibeli dengan harga RM1,000. Namun pada sesetangah negara, ia masih harga yang tinggi untuk sebiji buah.
“Seperti produk mewah yang lain, tembikai Densuke dibungkus dalam kotak kadbod dan dihias serta sijil bagi membuktikan keaslian buah tersebut.
“Mereka kerap menjadikan buah ini sebagai hadiah, tanda hormat, terima kasih dan mengeratkan hubungan,” jelas Oddity Central.
Memetik Oddity Central, masih tidak jelas kenapa tembikai Densuke masih belum ditanam secara meluas luar dari Jepun, tetapi menurut majalah The Gardener, biji benih buah ini telah tersedia secara komersial di Eropah dan Amerika Utara.
Sumber: Oddity Central, The Gardener