Siakap Keli
anak angkat
Gambar via Google

Wanita Terkejut Dapat Tahu Anak Angkat Yang Diasuhnya Sebenarnya Anak Kandung Suami

Seorang wanita di United Kingdom terkejut setelah mengetahui bahawa anak angkat yang dibesarkan selama ini adalah anak kandung kepada suaminya.

Memetik laporan Mirror, ibu kepada lima anak itu sentiasa menginginkan keluarga yang besar namun selepas dikurniakan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, dia mula menghadapi masalah kesihatan dan tidak lagi dapat mengandung.

Selepas itu, wanita berusia 41 tahun berkenaan telah berbincang dengan suaminya untuk mengambil anak angkat.

Difahamkan, suaminya telah mencadangkan kepadanya untuk mengambil anak angkat mereka yang kini berusia tujuh tahun. Perbincangan itu dilakukan ketika suaminya berada di luar negara buat sementara waktu.

Ketika itu, suaminya yang banyak menguruskan segala perkara mengenai proses mengambil anak angkat itu.

Kemudian, mereka mengalu-alukan ahli keluarga baharu mereka iaitu seorang bayi lelaki.

“Saya kagum dengan kanak-kanak ini, dia berusia tujuh tahun, ahli keluarga dan rakan-rakan akan memberikan komen bahawa dia sangat mirip dengan anak-anak yang lain.

“Saya juga pernah bergurau bahawa dia sememangnya sangat mirip dan suami saya akan sentiasa mentertawakan perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, semasa mengalihkan dokumen penting ke peti besi baharu, ada satu kertas yang membuatkannya terkejut dan pelik.

Setelah melakukan ujian DNA, keputusan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sememangnya anak kandung kepada suaminya.

Apabila segalanya terbongkar, suaminya memohon maaf  kepadanya kerana telah curang dan berkata bahawa bekas teman wanitanya tidak mahukan anak itu.

“Saya akan tetap berada dalam hidup dia (anak angkatnya) kerana saya ibunya tetapi saya tidak tahan melihat suami saya yang telah berbohong,” katanya.

Menurutnya, dia juga telah memfailkan cerai terhadap suaminya.

Sumber: Mirror

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.