Setiap kali tibanya bulan puasa, pasti akan timbul pelbagai isu mengenai pengendalian makanan oleh peniaga-peniaga di bazar terutama mengenai suntikan vaksinasi typhoid.
Suntikan typhoid wajib diambil oleh setiap peniaga bagi mengelakkan sebarang jangkitan berbahaya.
Bagi yang belum tahu, penyakit typhoid akan menjangkiti saluran usus dalam perut, malah boleh memasuki aliran darah tubuh anda.
Ia merupakan sejenis jangkitan bakteria yang agak serius dan mudah berjangkit melalui makanan dan minuman yang telah tercemar.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai suntikan typhoid? Mari ikuti perkongsian Dr Iskandar Mirza di bawah ini.
Mengapa pengendali makanan wajib ada suntikan vaksinasi typhoid?
Penyakit typhoid merupakan penyakit yang serius dan boleh membawa kematian.
Antara komplikasi penyakit typhoid adalah psychosis, radang paru-paru, radang otak, radang otak dan radang hati.
Semua komplikasi ini akan menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang awal.
Penyakit typhoid berpunca dari jangkitan bacteria Salmonella typhi.
Ianya sangat senang untuk berjangkit dan kebiasaannya melalui najis dan kencing. Jika pengendali makanan tidak mengamalkan kebersihan semasa mengendali makanan, bakteria boleh masuk ke dalam makanan yang disediakan.
Simptom penyakit typhoid pula adalah seperti berikut demam berpanjangan, sakit kepala, sakit sendi dan tulang, keletihan melampau, batuk dan cirit – birit
Oleh sebab itu @kkmm_gov mewajibkan pengendali makanan wajib mengambil vaksin typhoid.
Mengapa pengendali makanan wajib ada suntikan vaksinasi typhoid?
Penyakit typhoid merupakan penyakit yang serius dan boleh membawa kematian.
— Dr.IskandarMirza (@DIskandarmirza) April 18, 2022
Dalam pada itu, anda juga perlu tahu bahawa individu yang dijangkiti demam typhoid atau individu yang membawa bakteria penyebab demam typhoid boleh menjangkiti bakteria tersebut kepada orang lain.
Menurut Hello Doktor, apabila seseorang itu minum atau makan makanan yang telah dicemari atau dikendalikan oleh individu terbabit, bakteria tersebut boleh membiak dan memasuki alirah darah, lalu menyebabkan demam typhoid.
Mereka yang tidak dirawat setelah dijangkiti akan terus mengalami demam selama berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.
Malah, berdasarkan statistik, hampir 30% daripada mereka yang tidak mendapatkan rawatan ini meninggal dunia disebabkan komplikasi demam typhoid.
BACA: Jangan Bawa Anak Kecil Ke Bazar Ramadan Elak Jangkitan COVID-19
Sumber: Dr Iskandar Mirza, Hello Doktor