Siakap Keli
Gambar Via Suara Merdeka

Penat Tunggu Pihak Berwajib Bertindak, Lelaki Kaya Nekad Guna Duit Sendiri Baiki Jalan Rosak 

Seorang lelaki di Grobogan, Jawa Tengah menjadi tular di media sosial selepas menggunakan wangnya sendiri sebanyak Rp2.8 bilion (RM830,899) untuk membaiki jalan yang rosak di kampungnya.

Memetik laporan Suara Merdeka, lelaki kaya itu dikenali sebagai Joko Suranto dan merupakan pemilik hartanah di Jakarta yang telah berhijrah ke Jakarta selama bertahun-tahun.

Berdasarkan perkongsian oleh pengguna media sosial, jalan yang dibina oleh Joko merupakan jalan daerah yang menghubungkan kampung Jetis dengan kampung Telawah.

Difahamkan, keadaan jalan raya itu sebelum ini berada dalam keadaan yang sangat daif.

“Tindakan yang diambil oleh penduduk ini patut dicontohi. Menggunakan perbelanjaan sendiri, dia membina jalan sepanjang 1.5 kilometer di Kampung Jetis, Daerah Karangayung dengan konkrit tulang,” tulis seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, setiausaha kampung Jetis, Khusnul Hadi turut mengesahkan bahawa pembinaan jalan itu adalah atas inisiatif peribadi Joko sendiri.

Berdasarkan maklumat yang ada, Joko kini menetap di Bandung Jawa Barat dan turut dikenali sebagai Ketua Dewan Pimpinan Wilayah Harta Tanah Indonesia.

Digelar sebagai “Crazy Rich Grobogan”, lelaki itu juga dikatakan pernah menjual surat khabar dan merantau ke luar bandar untuk mencari kerja, dengan wang tunai ratusan ribu dan tiga set pakaian.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan telah mencadangkan penambahbaikan terhadap jalan tersebut kepada kerajaan tempatan tetapi tidak bertindak balas.

Sebagai anak tempatan, Joko kemudiannya mengambil inisiatif membaiki jalan di kampungnya dengan menggunakan wangnya sendiri.

Sumber: Suara Merdeka

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.