Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan hampir seluruh negara, pada Selasa.
Menerusi kenyataannya memaklumkan, negeri-negeri tersebut akan mengalami ribut petir serta hujan lebat sehingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia berkata ribut petir dijangka akan berlaku di seluruh negeri Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor dan Melaka.
Bagi negeri Kedah, antara daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Selain itu, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan melibatkan kawasan Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Bagi negeri Sarawak melibatkan kawasan daerah di Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.
Ekoran ramalan cuaca ini, orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang berisiko. Jika berada di atas jalan raya, orang ramai juga diminta berhati-hati ketika memandu.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/KlZkoPTdIa
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) April 19, 2022
Sumber: MetMalaysia