Siakap Keli
penyanyi nasyid dadah
Gambar Hiasan via Google

Dua Ditahan Ragut Wanita Di Port Dickson

SEREMBAN, 20 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki terbabit dalam kes ragut seorang wanita berusia 56 tahun di sebuah pusat beli-belah di Regina Mall, Port Dickson, dekat sini dalam kejadian pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menahan lelaki berumur 28 dan 26 tahun di Uptown Avenue Seremban 2 dan di sebuah rumah di Kampung Pachitan, Chuah, Port Dickson kira-kira pukul 4.30 petang hingga 9.30 malam semalam.

“Turut dirampas motosikal jenis skuter Scomadi dan Yamaha 135 LC kegunaan suspek, beg tangan pengadu yang mengandungi tiga keping kad bank, kad pengenalan atas nama pengadu dan anak pengadu (dua), surat pajak gadai (13) serta dua buah telefon bimbit jenama Vivo dan Oppo A16 milik pengadu.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kini ditahan di Lokap Balai Polis Port Dickson,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek berumur 28 tahun didapati mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dadah manakala suspek berumur 26 tahun tidak mempunyai rekod lampau.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

Eyla Azri