Siakap Keli
penceramah bebas
Gambar Via Bernama

Penceramah Bebas Ditahan, Didakwa lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Kuala Terengganu – Seorang penceramah bebas dilaporkan telah ditahan bagi membantu siasatan kes dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada bulan lalu.

Memetik laporan Kosmo, penceramah bebas yang berusia 61 tahun itu ditahan sewaktu memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu kelmarin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner, Suffian Sulaiman, polis menerima aduan berhubung dakwaan terbabit daripada ibu mangsa yang juga kenalan suspek.

“Perbuatan amang seksual fizikal tersebut didakwa berlaku pada program di sebuah rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada bulan Mac lalu.

“Mangsa menyertai program anjuran suspek tersebut bersama bapa dan neneknya namun ibunya tidak ikut serta,” katanya.

Kemudian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu telah menceritakan kejadian yang menimpanya kepada ibunya sebaik pulang ke rumah.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Kosmo

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.