Siakap Keli

PKIBM, MYDIN Mohamed Holdings Berhad Dan Iklanika Sdn Bhd Meterai Memorandum Persefahaman Anjur Karnival Pendidikan MYUNI 2022

SUBANG JAYA, 15 April 2022 – Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia  (PKIBM), Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Iklanika Sdn Bhd hari ini memeterai  memorandum persefahaman bagi menjayakan Karnival Pendidikan MyUni 2022 yang  bakal berlangsung di seluruh negara bermula 14 Mei hingga 19 Jun ini. 

Pada majlis yang diadakan di Mydin Mall Subang Jaya itu, PKIBM diwakili Presiden,  Encik Amir Hamzah Md Isa manakala Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili  Pengarah Urusan, Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin dan Iklanika Sdn Bhd oleh  Pengarah Urusan, Encik Ahmad Shukri Abdul Ghani. 

Buat julung-julung kali, ketiga-tiga pihak akan bekerjasama untuk menjayakan Karnival  Pendidikan MyUni, sebuah siri jelajah promosi peluang pendidikan yang ditawarkan  institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kepada semua lepasan sekolah di seluruh  negara.  

Penganjuran Karnival Pendidikan MyUni bertujuan membantu lebih ramai pelajar dan  lepasan sekolah mendapat maklumat mengenai hala tuju, bidang bersesuaian dan  peluang yang ditawarkan IPTS yang mengambil bahagian. 

Melalui memorandum persefahaman ini, PKIBM komited untuk terus memainkan  peranan yang aktif dalam arus perdana pendidikan tinggi negara dengan menyediakan  akses ke pendidikan tinggi kepada kelompok B40 khususnya yang tidak mendapat  tempat di institusi pendidikan tinggi awam. 

Sebagai pertubuhan kebangsaan ditubuhkan sejak September 2000 yang menaungi  54 buah IPTS milikan Usahawan Pendidikan Bumiputera (Bumiputera Eduprenuer) di  seluruh negara, PKIBM berharap inisiatif ini dapat membantu lebih banyak IPTS  Bumiputera khususnya yang bersaiz sederhana dan kecil menyertai karnival  pendidikan sekali gus mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. 

Mydin Mohamed Holdings Berhad, sebuah syarikat perniagaan runcit dan borong  terbesar di Malaysia yang mempunyai jenama yang kukuh pula akan menyokong  usaha murni PKIBM untuk membantu lebih ramai lepasan sekolah khususnya dalam  keluarga B40 yang tidak ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam,  mendapat peluang pendidikan tinggi yang berkualiti. 

Selain itu, Mydin Mohamed Holdings Berhad akan menyokong usaha membantu  Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan akses lepasan sekolah ke pendidikan  tinggi yang sejak dua tahun lalu, merosot teruk berikutan pandemik Covid-19.

Menerusi usaha murni ini, Mydin Mohamed Holdings Berhad juga bersedia  menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan PKIBM untuk meningkatkan  kesedaran mengenai kepentingan pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat dan  membantu mempromosi peluang pendidikan yang ditawarkan 54 ahli persatuan yang  terdiri daripada universiti, kolej universiti dan kolej kepada masyarakat. 

Bagi Karnival Pendidikan MyUni 2022, pasar raya besar Mydin akan menjadi lokasi  penganjuran kepada tujuh daripada 11 siri jelajah iaitu di Pulau Pinang, Perak, Melaka,  Sarawak, Johor, Kelantan dan Lembah Klang. 

Sebagai penganjur bersama Karnival Pendidikan MyUni 2022, Iklanika Sdn Bhd pula  komited menyediakan lokasi acara yang selesa serta kondusif kepada pempamer dan  juga pengunjung selain memastikan keselamatan di setiap lokasi acara mengikut SOP  yang ditetapkan kerajaan. 

Iklanika Sdn Bhd yang berpengalaman lebih sedekad dalam penganjuran karnival  pendidikan juga akan berkerjasama dengan pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad  secara eksklusif dengan menjadikan pasar raya besar sebagai lokasi penganjuran  pada masa akan datang. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.