KUALA LUMPUR, 19 April 2022 – Pasar raya kejiranan bandar, Qra telah mengumumkan pembukaan kedai ketiga jenama berkenaan di Arcoris, Mont Kiara. Rangkaian pasar raya berasaskan kesihatan ini yang turut beroperasi di The Stories, Bukit Tunku, dan The Five, Bukit Damansara membawa konsep “Eat Well, Live Well” (Makan Sihat, Hidup Sihat) kepada pelanggan progresif yang mencari produk dengan manfaat kesihatan dan membawa kesejahteraan.
Dengan keluasan 15,000 kaki persegi, Qra di Arcoris, Mont Kiara akan menyediakan barangan runcit menarik seperti produk segar dari ladang, bahagian makanan pukal, mentega kacang buatan sendiri, kombucha, jenama artisinal Malaysia, troli pasar raya mesra kanak-kanak, dan banyak lagi. Barangan runcit terpilih pula termasuk soda tanpa gula, keropok kubis dan bar coklat vegan. Ini membezakan Qra daripada kedai runcit harian yang lain dan mengetengahkan Qra sebagai pusat penjualan produk berasaskan tumbuhan, serta sebagai kedai yang dapat menyediakan barangan untuk semua keperluan pemakanan.
“Para pengguna kini menyahut dunia norma baharu dengan kesedaran kesihatan yang lebih tinggi,” kata Encik David Tseng, pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Qra. “Memandangkan kesejahteraan holistik kini telah menjadi tumpuan hidup, Qra sedia untuk memenuhi permintaan bagi pilihan alternatif yang lebih sihat, dengan rangkaian bahan yang inklusif, amalan sosial yang bertanggungjawab, serta semangat kemasyarakatan yang berkekalan untuk semua.”
“Bagi pihak UEM Sunrise, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan pasukan Qra. Kami berbesar hati kerana mereka memutuskan untuk mengadakan pelancaran cawangan ketiganya di Arcoris, salah satu projek yang dibangunkan UEM Sunrise,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasar raya lain yang juga berpandangan ke hadapan dan inovatif pada masa akan datang.”
Kedai Qra at Arcoris akan mengekalkan usaha tanggungjawab sosial dan alam sekitarnya untuk menyokong Food Aid Foundation, pengkomposan sisa makanan dengan kerjasama Ground Control, dan mengurangkan pembaziran bungkusan di bahagian makanan pukal di mana pembeli boleh membeli dalam kuantiti tersuai.
Kedai ini juga mempunyai kafe dengan menu komprehensif yang menyediakan aneka hidangan bertemakan makanan tengah hari Australia dan juga kegemaran Malaysia. Pembeli juga boleh menyelesaikan pemberian hadiah dengan ruang perkhidmatan pembalut khas, serta mendapatkan bunga segar yang dipilih sendiri untuk meraikan sebarang majlis sama ada besar atau kecil.
Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat, Qra telah melancarkan platform e-dagangnya – qrafoods.com bersama-sama dengan perkhidmatan penghantaran yang boleh diakses melalui talian hotline Whatsapp khas. Sebuah aplikasi mudah alih baharu juga sedang dibangunkan.
“Kepercayaan pelanggan adalah teras perniagaan kami. Kami mendengar cadangan dan menyusun tawaran untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.” tambah Tseng.
Untuk maklumat lanjut tentang Qra, sila layari https://www.qrafoods.com/.