Siakap Keli
tulisan Instagram
Gambar via TikTok

Cara Mudah Pindah Tulisan ‘Aesthetic’ Dari Aplikasi ‘Notes’ Ke Instagram ‘Story’

Instagram merupakan aplikasi media sosial yang menyediakan pelbagai fitur menarik untuk pengguna seperti kemudahan muat naik gambar, video, tulisan dan sebagainya.

Salah satu fitur yang menjadi kegemaran pengguna Instagram tak lain tak bukan adalah Instagram Story atau Instastory.

Fitur Instastory ini mungkin salah satu ciri yang tidak asing lagi dan sering digunakan di aplikasi Instagram.

Namun tahukah anda, Instagram Story anda boleh dijadikan lebih ‘aesthetic‘ dengan tulisan tangan anda sendiri?

Tak dinafikan, pada bahagian Instastory itu sendiri sudah disediakan ciri lukis atau ‘draw‘ yang boleh digunakan untuk merangka tulisan tangan.

Pun begitu, anda mungkin mengalami sedikit kesulitan untuk menyesuaikan saiz tulisan.

Bagi memudahkan anda menyelaras tulisan tangan untuk Instastory, anda boleh merangka tulisan terlebih dahulu di aplikasi ‘Notes‘ bagi pengguna iOS.

Kemudian, pilih pen lasso di bahagian kanan bawah aplikasi Notes untuk tentukan bahagian tulisan yang ingin diletakkan pada Instastory.

Salin atau copy tulisan dan buka bahagian ‘Story‘ pada aplikasi Instagram untuk tampal (paste) tulisan tersebut di atas latar belakang pilihan anda.

Berbeza dengan tulisan tangan yang dibuat menggunakan fitur draw pada Instastory, tulisan yang dipindahkan dari aplikasi Notes ini boleh digerakkan serta disesuaikan saiz mengikut selera anda.

Untuk lebih mudah memahami cara pindahkan tulisan dari Notes ke Instastory ini, tonton video unggahan pengguna TikTok Wphone Bali di bawah ini. Selamat mencuba.

@wphonebali

Udah coba belum? Ig story kalian bisa lebih aesthetics loh🥰 #igstory #igstoryideas #igstoryhacks #igstoryinspo #tutorial #instagram #instagramtutorial #instastory #instastoryideas #idea #ideas #creative #instagramtips #instagramstories

♬ Sunroof – Nicky Youre & dazy

Sumber: TikTok Wphone Bali

Eyla Azri