Siakap Keli
kuih viral

Dah Siap 1,000 Kotak Kuih Viral, Tapi Baru 1 Order Masuk, Sekali Adik TikTok ‘Femes’ Yang Gedik Muncul

Tiap kali hari raya, mesti ada je makanan baru yang viral lepas tu akan dijual di bazar Ramadan kan? Ramai orang pun mula la tercari-cari.

Tapi kan, kuih muih klasik yang sering dihidang bila tiba hari raya pun tak kurang hebatnya. Setiap rumah mesti ada. Senang cakap, kalau tak ada memang ‘tak sah’.

Sama la dengan kisah si kembar tiga yang nak meniaga kuih semperit. Lepas cubaan pertama ‘sedap’ je, terus plan nak jual 1,000 kotak terus. Tapi, ada kisah tau di sebalik ‘kejayaan’ diorang ni.

Si kembar Nana cuba gantikan kuih Mimi yang dia habiskan

Mulalah kisah #MisiManisOverload ni bila salah sorang kembar ‘Nana’ nak ganti kuih Mimi (Kembar kedua) yang dia habiskan. Memang mencabar la sebab Nana ni sebenarnya tak pandai pun nak buat kuih ni. Nasib baik la ada Gula Perang CSR Better Brown.

Terpukau Mimi bila rasa kuih yang Nana buat. Dari tengah marah terus seronok sampai tercetusnya idea nak jual 1,000 kotak kuih ni!

Terus siapkan 1,000 kotak tapi baru satu order sahaja

Tak fikir panjang, terus nak jalankan bisnes kuih ‘viral’ ni. Maklumlah, guna je Gula Perang CSR Better Brown terus ONZ kuih raya Si Nana.

Tunggu punya tunggu, satu order je masuk sepanjang dorang promosikan kuih raya yang ‘viral’ tu. Tapi semangat dorang tak berhenti kat situ je, demi merialisasikan impian 1,000 kotak terjual untuk capai #misimanisoverload masing-masing.

Tapi kan, ingatkan dorang ni kembar dua je. “Kusangkakan kembar dua, rupanya kembar tiga!” Yaya ni Kaki Tiktok, jadi Nana nak gunakan bakat Yaya untuk promosikan bisnes kuih ‘viral’ ni. Apa salahnya kan?

Mulanya mereka ni tak sehaluan, Si Yaya siap letak syarat lagi untuk viralkan kuih. Tapi, lepas kena suap, baru dia rasa kenikmatan kuih viral yang si Nana buat, terus ‘in’ untuk tolong lariskan jualan Nana dan Mimi. Namun, apa kesudahan kembar tiga yang ‘try hard’ jual kuih viral ni?

Nak tahu jadi ke tidak bisnes kembar tiga ni, kita tunggu episod seterusnya…

Nantikan episod ketiga #MisiManisOverload (bahagian akhir) kalau korang nak tahu, berjaya ke tak misi si kembar tiga dalam bisnes kuih viral ni. Pastikan korang tak terlepas untuk tonton yang akan ditayangkan pada 28 April nanti di Facebook CSR Teman Sajian, laman Instagram dan Youtube CSR TV.

#MisiManisOverload

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Edayu
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli