Empat planet di langit Singapura yang berada dalam kedudukan sejajar dalam garisan dapat dilihat jelas dengan mata kasar pada 19 April baru-baru ini.
Menurut Mothership, gambar-gambar fenomena tersebut telah dimuat naik di laman Facebook milik CloudSpoting dan SkySpoting Singapura dan beberapa halaman astronomi lain.


Kelihatan sejak Mac 2022
Menurut laman Facebook Stargazing Singapura, Marikh, Zuhrah dan Zuhal mula muncul di langit Singapura sejak akhir Mac lalu, manakala Musytari pula muncul sejak April ini.

“Masa yang terbaik untuk lihat semua planet-planet ini adalah pada waktu awal pagi dari kira-kira jam 4 pagi hingga matahari terbit.
“Kedudukan planet di langit pada 19 April muncul dalam jajaran tertentu seperti yang dapat dilihat dari Singapura,” lapor Mothership.

Lebih menonjol menjelang akhir April
Persatuan Astronomi Singapura sebelum ini ada berkongsi beberapa gambar empat planet tersebut yang diambil pada 13 dan 16 April lalu.
Berikut di bawah adalah rangkuman foto yang berjaya ditangkap.
13 April

14 April

Memetik Mothership, planet-planet tersebut akan lebih jelas kelihatan menjelang akhir April depan.
23 April: Bulan turut serta
Pada 23 April ini pula, keempat-empat planet ini dijangka akan muncul bersama-sama bulan dalam satu garisan sejajar.

Penjelasan fenomena
Penjajaran ‘kemas’ planet-planet yang berlaku hanya dapat dilihat dari bumi ke langit atas. Kedudukan setiap planet akan dilihat berbeza dari lokasi yang lain.
“Sistem suria adalah ‘rata’ dan setiap planet mengorbit Matahari dalam satah yang sama.
“Sebarang penjajaran hanyalah dari sudut perspektif bergantung pada lokasi pemerhati,” jelas Mothership.
Penjajaran yang lebih ‘kemas’ dijangka akan berlaku pada Jun 2022
Mengeksplorasi Mothership lebih lagi, pada 24 dan 25 Jun nanti, semua planet lain dalam sistem suria seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal, Neptun dan Uranus akan bergabung bersama bulan sabit untuk membentuk jajaran planet yang lebih besar.
“Sepasang teropong atau teleskop diperlukan untuk melihat Neptun dan Uranus dari Singapura.
“Penjajaran akan terbentang di bahagian langit yang lebih luas menjadikan ia lebih sukar untuk melihat dan mengambil gambar.
“Penjajaran planet seperti ini yang boleh dilihat oleh mata kasar sangat jarang berlaku dan dilaporkan hanya berlaku sebanyak tiga kali sejak 2015,” lapor Mothership lagi.
Sumber: Mothership, The Astronomical Society Of Singapore, Stargazing Singapura