Siakap Keli
isteri dibelasah 15 lelaki
Gambar via Daily Star

Isteri Dibelasah 15 Lelaki Gara-gara Dituduh Curang

Seorang isteri di India dibelasah 15 individu secara terbuka gara-gara dituduh menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Daily Star.

Malah tidak cukup dibelasah, wanita curang itu juga turut dipaksa berkahwin dengan kekasih skandal pilihannya itu.

Menurut Daily Star, adegan ngeri itu berlaku di sebuah perkampungan di Madhya Krishnapur dalam wilayah Bengal Barat  pada malam Sabtu lalu.

Pegawai penyiasat, Sonacharan Jamatia berkata, wanita tersebut yang dimasukkan ke hospital telah ditemui pihak polis bagi membantu siasatan.

“(Namun) pihak polis belum menerima sebarang aduan bertulis lagi, tapi akan ada siasatan berhubung dakwaan kejadian itu,” katanya, lapor Daily Star.

Berdasarkan keterangan wanita terbabit, kumpulan 15 lelaki yang membelasahnya secara terbuka ketika hari kejadian rupanya didalangi suaminya sendiri.

Jelasnya, suaminya membawa kumpulan tersebut ke sawah (lokasi dipercayai dia berada) dan menuduhnya mempunyai hubungan sulit, sebelum memukulnya beramai-ramai hingga tidak sedarkan diri.

Di samping itu, lelaki yang didakwa menjadi skandal wanita tersebut pula turut diganggu mereka secara fizikal.

Difahamkan, ketika kejadian, situasi ‘ganas’ itu dirakam oleh orang awam yang menyaksikan wanita tersebut dikelilingi penduduk kampung.

Selepas selesai dibelasah dan mulai sedar, wanita itu dipaksa bertukar kalungan bunga (istiadat perkahwinan di sana) dengan skandalnya sebagai simbolik perkahwinan mereka.

Dalam klip rakaman video yang tular itu, turut kelihatan beberapa orang di situ menggalakkan si suami untuk menyapu vermilion pada dahi wanita berkenaan.

Menurut laporan, suaminya akhirnya mengaku bahawa dia dan ahli keluarganya membelasah isterinya kerana mengesyaki dirinya dicurangi.

Difahamkan, isterinya melakukan hubungan sulit dengan skandal pilihannya yang juga berasal dari kampung yang sama.

“Selepas kejadian itu, saya membawa dia ke hospital Teliamura untuk dirawat dan saya juga bermalam di sana. Pihak polis juga datang melawat kami,” katanya, lapor Daily Star.

Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Tripura untuk Wanita (TCW) peringkat negeri, Barnali Goswami mengecam insiden tersebut.

Sumber: Daily Star

Faiz Mustafa