Siakap Keli

Lupa Bawa Duit Sampai Depan Kaunter, Nasib Boleh Bayar Guna App Ni Je

Pernah korang alami di mana tengah beratur panjang, tunggu punya tunggu bila sampai giliran baru perasan tak bawa duit. Mesti ‘gelabah’ kan tambahan pula ada ramai lagi yang beratur di belakang kita.

Takkan nak letak semula barang-barang yang dibeli, mestilah malu bukan? Masa itu lah korang berharap ada cara lain untuk bayar kan? Mujur dekat kaunter ada pilihan untuk bayar menggunakan e-wallet.

Apa lagi, terus buka handphone klik aplikasi Shopee dan bayar menggunakan ShopeePay. Mudah sangat sejak dah boleh bayar ‘offline’ guna app ni.

ShopeePay ini merupakan e-wallet untuk aplikasi Shopee yang korang boleh guna untuk buat apa-apa transaksi kewangan ‘time’ tu juga. Korang pun tak perlu bawa duit banyak-banyak dalam poket, hanya guna telefon pintar je untuk lengkapkan transaksi.

Hanya muat turun Shopee, aktifkan ShopeePay. Korang hanya perlu ‘top up’ ke ShopeePay dan terus boleh digunakan.

Bukan tu je, korang juga boleh dapat rebat, diskaun dan paling best sekali, boleh track balik apa yang korang dah spend! Mudah kan? Sambil- sambil dalam jem ke, dalam train ke pun boleh buat!

Paling seronok untuk bulan April ni, korang akan dapat baucer bernilai RM10 bila ‘transfer’ RM10 menggunakan e-wallet ni dan berpeluang menang sehingga 4,848 Shopee Coins

ShopeePay boleh digunakan di kedai luar yang terima bayaran e-wallet

Ramai yang ingat ShopeePay ini boleh digunakan secara atas talian sahaja. Sebenarnya, selain dalam talian, korang juga boleh gunakan ShopeePay di kedai luar yang menerima bayaran e-wallet tahu.

Senang cerita, kalau korang pergi ke mana-mana kedai yang sediakan DuitNow QR Code di kaunter bayaran, boleh terus imbas dan bayar je guna ShopeePay. Mudah kan? Tak dinafikan sekarang kan ‘trend’ orang ramai guna cashless.

Lagi best, korang siap boleh dapat Shopee coins cashback lagi setiap kali bayar guna ShopeePay ni. Korang akan dapat 3% Shopee coins cashback setiap hari hingga 300 Shopee coins untuk 10,000 transaksi pertama setiap hari.

Macam mana nak dapat baucer ‘1 SEN’ dari ShopeePay ni?

Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak dapat tu? Senang je caranya cuma ikut seperti langkah di bawah.

1. Buka aplikasi Shopee, terus klik pada ‘ShopeePay Near Me’

2. Klik ‘buy’ atau ‘beli’ pada kedai kesukaan korang

3. Kemudian, klik ‘confirm’ selepas korang beli baucer 1 Sen ini

4. Pastikan bayar menggunakan kaedah ShopeePay tau.

5. Kalau korang nak guna semasa membeli belah, cuma klik ‘use now’ sahaja di kedai berkenaan.

Amacam? Mudahkan cara yang dikongsikan oleh SK untuk tebus baucer 1 Sen ni? Korang pun boleh buat sendiri lah, boleh dapat banyak lagi ‘hadiah’ menarik.

Paling menariknya, kalau korang singgah ke mana-mana stesen minyak Caltex siap boleh dapat ‘cashback’ lagi. Korang boleh membeli baucer ShopeePay bernilai 1 sen je dan boleh dapat ‘cashback’ RM5 dengan hanya membelanjakan minima RM25 di stesen minyak Caltex. Ingat, hanya pada 25 April saja tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh klik DI SINI.

Bukan itu je, sekarang Domino’s Pizza tengah mengadakan promosi bermula 12 April hingga 12 Jun 2022. Korang boleh dapatkan melalui ShopeePay Offline sekotak personal pizza dengan harga cuma RM5 je siap dapat RM1 cashback lagi.

Kalau rasa tak cukup, korang boleh tambah lagi dengan Domino’s Large Pizza secara atas talian dengan harga RM20.90 sahaja. Paling syok, dapat RM1.10 cashback. Untuk maklumat lanjut tentang makanan kegemaran korang ni, boleh klik DI SINI

‘First time’ guna ShopeePay baucer, boleh ke dapat diskaun juga?

Mestilah boleh! Kalau korang pertama kali pengguna ShopeePay baucer ini, korang berpeluang mendapat diskaun ‘cashback’ sebanyak RM3 dengan minima berbelanja RM0 di beberapa kedai termasuklah di MR.DIY, Tealive, KK Mart dan macam-macam lagi. Untuk maklumat lanjut boleh klik DI SINI.

Best kan? Pengguna kali pertama yang guna ShopeePay baucer pun boleh dapat diskaun dan kelebihan tentang baucer 1sen ni. Menariklah.

Jadi, nasihat SK sebagai pengguna tegar ShopeePay, eloklah kalau korang jangan lengah-lengahkan masa lagi. Lagi cepat korang guna ShopeePay ni, lagi banyaklah ganjaran yang korang akan dapat.

Jadi, tunggu apa lagi, aktifkan ShopeePay cepat-cepat. Tak payah risau lagi kalau terlupa bawa cash untuk membeli belah. Untuk maklumat lanjut korang boleh muat turun aplikasi Shopee dan aktifkan ShopeePay korang sekarang!

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang