Siakap Keli

Polis Buru Lelaki Siku Pembonceng Wanita Atas Motosikal

Klang – Pihak polis kini sedang mengesan penunggang motosikal yang tular selepas bertindak menyiku seorang wanita ketika di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo, video berdurasi 11 saat  itu telah dikesan oleh pihak Polis Daerah Klang Selatan di laman Facebook, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, rakaman kamera papan pemuka kenderaan itu menunjukkan seorang lelaki menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah kepala wanita tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dua individu tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut turut diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

“Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berwaspada memandu atau menunggang kenderaan supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Sebelum ini, video insiden tersebut telah disebarkan di media sosial dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

@kosmoonline

Sabar, sabar…Kejadian dipercayai di Klang. #fyp

♬ A stylish house in the heart of the city – SOUND BANK

Sumber: Kosmo

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.