Siakap Keli
preve lawan arus

Viral Proton Preve Didakwa Lawan Arus Dipercayai Di Lebuhraya Seremban – Port Dickson

Sebuah rakaman yang menunjukkan kereta Proton Preve bewarna hitam didakwa dipandu secara melawan arus menjadi tular di platform TikTok hari ini.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Seremban – Port Dickson.

Rakaman berkenaan dimuat naik oleh akaun TikTok Utusan, dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan itu.

Ketika kereta berkenaan dipandu melawan arus, kelihatan kenderaan tersebut menghidupkan lampu isyarat kecemasan (double signal).

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila rakaman tersebut diambil atau punca kenderaan berkenaan dipandu melawan arus.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian ini.

@utusantvofficial

Lokasi: Lebuhraya Seremban-Port Dickson. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan pemandu kereta tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan yang lain.

Sumber: UtusanTV

Baca juga: Lupa Bawa Duit Sampai Depan Kaunter, Nasib Boleh Bayar Guna App Ni Je

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.