Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa ini bukanlah tugas yang mudah apatah lagi jika ada anak yang menghidap penyakit kritikal yang memerlukan penjagaan yang teliti.
Namun, keluarga ini sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan nyawa anak tercinta. Kisah adik Yusuf yang menghidap penyakit Cancer Retinoblastoma (RB) diceritakan oleh ibunya Amni Kifli kepada SK.
Tular video ibu tolong anak ‘cuci mata’
Berkongsi kisahnya dengan SK, Amni berkata anaknya disahkan menghisap barah pada mata sebelah kanan ketika berusia 2 tahun 2 bulan.
“Yusuf diagnose Cancer Retinoblastoma (RB) pada August 2018, umur masa tu 2 tahun 2 bulan lebih kurang. Sebenarnya RB ini adalah ‘baby cancer’. Tetapi kami tak dapat detect sebab dia tak ada tunjuk tanda-tanda tak normal.”
”Sampai umur 2 tahun itu, saya rasa tak sedap hati. Sebab nampak reflection pada mata dia. Jadi, saya rujuk pada pakar mata di hospital Sungai Buloh,” ujar Amni, ibu kepada adik Yusuf
Tidak dinafikan, perasaan sebagai seorang ibu mestilah sangat sedih. Diibaratkan seperti dunia ini terus gelap, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, mereka suami isteri redha dan anggap ini adalah ujian buat mereka.
Baru-baru ini pula, tular rakaman video di laman TikTok miliknya tentang dia ‘mencuci mata’ anaknya itu tarik perhatian ramai. Malah, di dalam video itu juga melihat wajah keriangan anak kecil yang mendapat ‘mata’ buat ramai menahan sebak.
@amnikifli cuci mata 👁️😍#mommyhood
Kami setuju untuk remove mata kanan bagi selamatkan mata kiri dan nyawa dia untuk elakkan kanser merebak. – Ibu
Jelasnya lagi, doktor telah sahkan mata kanan anaknya sudah berada dalam kategori kumpulan E iaitu final stage. Manakala, mata sebelah kiri masih dalam kategori kumpuan B. Mereka melanjutkan rawatan anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Yusuf lalui prosedur enuclation (remove) mata kanan. Dan doktor dapati kanser dah merebak menyebabkan saluran optik (ni saya tak berapa pasti sebutan betul) yang sambung ke otak. Jadi, dia lalui 6 cycle chemo sampai December 2018.
Pakai mata palsu sejak September 2018
Sepanjang masa tu, selang 3 minggu Yusuf akan masuk ke dewan bedah untuk buat EUA (Examination Under Aenesthetic) untuk bunuh sel kanser. Dia pakai mata tu sejak September 2018.
Mata tu perlu ditukar apabila dia membesar dan tak fit.
“Sebenarnya, doktor cakap cuci macam itu sahaja.Tapi kalau di klinik dan hospital, doktor akan cuci menggunakan saline. Kalau di rumah hanya cuci macam tu saja.”
“Tak ada spesifik cara penjagaan. Cuma bab ni agak sensitif. Ada juga orang mempertikaikan. Jadi, saya tak nak terangkan lebih lanjut melainkan ikut cakap doktor yang suruh cuci guna air paip,” jelasnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan dorongan dan semangat kepada wanita ini dan juga anak kecil tersebut. Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan anak syurga ini.
BACA: Viral Ustazah Naik R33, Sampai Geng “Hardcore” JDM Dari Jepun Turun Jumpa
Sumber: Amnikifli