Sebuah restoran terkenal di Mesir diarah tutup selepas seorang wanita bukan Islam mengadu pekerjanya enggan melayan pesanan dan tidak dibenarkan makan di restoran berkenaan sebelum masuk waktu berbuka puasa.
Pihak berkuasa Mesir berkata, restoran berkenaan diarah tutup kerana telah ‘melanggar undang-undang’ tanpa merujuk kepada insiden melibatkan wanita tersebut.
Sheikh Al Azhar Ahmed Al Tayyed ketika mengulas hal ini berkata, beliau menghargai dan menghormati hubungan dalam kalangan warga Mesir, antara penganut Islam dengan bukan Islam, yang mana dibina di atas kefahaman agama yang betul.
”Menghalang orang bukan Islam untuk makan dan minum di bulan Ramadan kerana bulan ini bulan puasa adalah salah dan menyanggahi ajaran Islam yang sebenar.
”Seorang Muslim sekiranya tidak mampu berdepan dengan situasi melihat rakan bukan Islam makan dan minum, atau melihat mereka menjamu selera di restoran, bagaimanakah mereka mahu berdepan dengan situasi melihat anak sendiri makan dan minum di rumah?
”Atau adakah anda melarang anak-anak anda makan dan minum di rumah (walaupun tidak berpuasa)?”,” tegasnya lagi.
Justeru katanya lagi, menjaga hubungan sesama manusia termasuk dengan orang bukan Islam juga merupakan sebahagian daripada ajaran agama Islam yang harus difahami oleh semua.
BACA: Pasangan Suami Isteri Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera, Bunuh Kanak-Kanak Tiga Tahun
Sumber: Gulfnews