Siakap Keli
balik kampung
Gambar hiasan. (Kredit: Bernama/Google)

Tujuh Kenangan Bila Balik Kampung, No 5 ‘Abah-abah’ Sentiasa Buat, Tak Pernah Lupa

Ingat lagi tak kenangan balik kampung untuk raya dulu-dulu? Zaman belum ada gajet untuk hilangkan bosan, tapi perjalanan berjam-jam pun rasa teruja sangat.

Selalunya, bila nak balik raya, masing-masing mesti ‘busy’. Kemas baju, bersihkan rumah hinggalah angkut barang ke dalam kereta, semuanya buat bersama.

Kalau ada yang terlupa, silap hari bulan terpaksa berpatah balik sambil ‘menahan telinga.’

“Baju raya kat ampaian tu kenapa tak ambil, raya nanti nak pakai apa?”
“Siapa last keluar bilik air? Macam mana boleh lupa tutup lampu?”
“Siapa last guna seterika? Dah off suis belum?”
“Kasut raya ambil tak? Ha pakailah selipar tu raya nanti.”

Dan bermacam-macam lagi drama bila nak balik kampung. Tapi pengalaman paling kerap kita alami bila nak bermusafir balik kampung dan paling kita rindu mestilah bekal masakan mak untuk dimakan dalam perjalanan. Rindu rasanya bila ingat balik.

Jom imbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja bila balik kampung bersama keluarga.

Bekal mak paling best

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Sebelum berjalan jauh, mak akan masak, tapau makanan untuk dimakan dalam kereta. Kalau balik kampung masa bulan puasa, adik-adik yang tak puasa boleh la makan. Kakak abang tahan liur je. Kruk kruk je perut tu.

Berkelah di RnR

Bila balik kampung waktu musim cuti, biasalah jalan jem. Kadang perjalanan tiga jam pun boleh jadi tujuh jam. Kematu punggung dibuatnya. Hasilnya, berhenti sekejap di RnR, berkelah dengan keluarga. Lagi best bila makan bekal bawa dari rumah sambil layan angin lebuhraya yang sepoi-sepoi bahasa.

Gaduh dalam kereta

Gambar hiasan. (Kredit: Health-Time)

Dah berhimpit dalam kereta, ada saja yang tak kena. Tersiku sikit pun boleh bergaduh. Berebut game boy atau walkman dalam kereta sampai mak marah. Last sekali terpaksalah hadap sebab tak ada tempat lain nak ‘lari’.

Berhimpit, bertindan dengan barang-barang

Ikutkan mak, satu rumah nak angkut bawak balik kampung. Tak cukup dengan buah tangan untuk rumah nenek & beg pakaian satu keluarga, mak bawak toto, selimut dari rumah. Apa lagi, berhimpit dalam kereta empat pintu tu dengan penuh barang. Dah macam lori rupanya. Tambah-tambah kalau adik beradik ramai, duduk bertindan lah jawabnya.

Ikut abah servis kereta

Abah-abah takkan lupa yang ni. Setiap kali balik kampung, mesti abah akan bawa kereta pergi servis. Masa tu lah sibuk nak tengok mekanik tukar minyak enjin, jek kereta sebab nak tukar tayar, betulkan alignment dan sebagainya.

balik kampung
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Nyaris kena tinggal di stesen minyak

Dah jalan jauh, ada masa ‘tangki’ yang penuh meminta untuk dikosongkan. Sampai je stesen minyak, semua pakat buat rombongan ke tandas. Bila nak ke kereta, debar jantung bila tengok kereta abah dah tak ada.

Eh, abah ubah parkir rupanya.

Ternaik kereta orang lain

Dari jauh, nampak dah kereta abah. Yakin je jalan. Sampai ke kereta, eh kunci pulak. Jangan main-main.. Cuba punya cuba, baru perasan sepasang mata terpinga-pinga pandang dari dalam. Ya Allah, kereta orang lain rupanya. Malu tak terkata.

Haa. Korang jangan macam tu pulak nak balik raya ni. Tinggal berapa hari je lagi ni, mesti masing-masing dah teruja nak raya kan.

Raya, raya juga. Keselamatan keluarga jangan lupa. Jom jadikan raya kali ni lagi meriah dan indah berbanding tahun lepas. Pastikan perjalanan balik kampung ni selamat dengan servis dahulu kereta anda di Lim Tayar secara PERCUMA. Ada 19 cawangan di Lembah Klang dan Seremban yang korang boleh pergi.

Lim Tayar ada buat peraduan tau. Sudahlah dapat pemeriksaan percuma, para pelanggan bertuah akan dapat satu unit pemadam api 1 kg Edisi Raya Lim Tayar, disahkan ISO 9001. Mudah je caranya.

  1. Kunjungi bengkel Lim Tayar dan lengkapkan #MisiBalikKampungCheck.
  2. Dapatkan baucar selepas selesai servis
  3. Pergi ke Facebook Lim Tayar
  4. Masukkan nombor siri baucar & ucapan hari raya anda pada post ini
  5. Seramai 30 pemenang akan diumumkan pada 22 April, 29 April dan 10 Mei

Misi Balik Kampung Check List

1. Periksa sistem enjin – minyak enjin dan penapis udara
2. Pemeriksaan brek – minyak brek & brake pad
3. Minyak auto
4. Tayar
5. Belting
6. Wiper
7. Bateri
8. Pendingin hawa kereta

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://limtayar.com.my/promotion/misi-balik-kampung-safely/

Sudah menjadi kebiasaan abah-abah, tak pernah lupa nak servis kereta setiap kali balik raya. Semuanya dibuat untuk keselamatan keluarga. Begitu jugalah yang dilakukan oleh ayah Zati dalam filem pendek oleh Lim Tayar ini.

Sejak si ibu meninggal dunia, Zati dan ayahnya lakukan segalanya berdua, termasuklah pulang ke kampung untuk beraya.

Perjalanan panjang itu menjadi saat mereka mencipta memori dan gelak tawa bersama. Setiap kali pulang ke kampung sendirian, Zati akan mengenang semula kenangan bersama si ayah sepanjang perjalanan mereka.

Memang menyentuh hati betul kisah Zati ni. Teringat kenangan dengan abah bila balik beraya. Jom tonton filemnya di bawah.

Lim Tayar Raya 2022 #MisiBalikKampungSafely

Amira

Love yourself.