Siakap Keli
budak maut
Gambar hiasan via BBC/Google

Budak 4 Tahun Maut, Nenek Paksa Minum Arak

Seorang budak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipaksa minum minuman beralkohol di Baton Rouhe, Louisiana baru-baru ini, lapor CNN.

Namun lebih malang, dia dipaksa minum minuman tersebut oleh nenek dan ibu kandungnya sendiri dalam kejadian tragis itu.

Berdasarkan laporan, segalanya bermula apabila kanak-kanak tersebut meminum sedikit minuman itu yang berada di kaunter di sebuah premis.

Bagaimanapun tindakannya itu telah mengundang kemarahan neneknya yang turut berada di lokasi tersebut pada hari kejadian.

Berang dengan tindakan tersebut, neneknya memaksanya untuk menghabiskan terus minuman keras berkenaan yang masih berbaki di dalam botol.

Difahamkan, kanak-kanak itu dipaksa meneguk keseluruhan minuman tersebut di lorong belakang (dipercayai berhampiran lokasi kejadian) dalam keadaan berlutut.

Namun dalam masa sama, ibu kandung kanak-kanak itu turut menyedari apa yang berlaku, namun dia hanya berdiam diri dan tidak membantu apa-apa.

Kebetulan ketika itu, seorang individu yang berada di lokasi kejadian menyaksikan kanak-kanak tersebut yang kelihatan telah terhenti nafasnya.

Individu itu cuba untuk menyelamatkannya segera, bagaimanapun usahanya gagal kerana kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, nenek dan ibu kandung tersebut akhirnya ditahan oleh pihak polis menerusi waran tangkap yang dikeluarkan.

Menurut polis, wanita warga emas tersebut mengaku telah melakukan kesalahan tersebut dan mahu bertanggunjawab sepenuhnya atas kematian cucunya itu.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan bahawa kadar kandungan alkohol yang terkandung dalam darah budak malang tersebut adalah 0.680 peratus, iaitu menyamai ‘dos maut’.

Menurut kajian Universiti Notre Dame seperti yang dilapor CNN, tahap kandungan alkohol dalam darah sebanyak 0.25 peratus boleh menyebabkan keracunan alkohol.

Selain itu, jika tahap kandungannya lebih tinggi daripada 0.40 peratus, ia dilapor boleh menyebabkan koma atau kematian kepada individu tersebut.

Sumber: CNN

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?