Siakap Keli
kisah muaz bin jabal
Gambar via Islam21c

Kisah Muaz Bin Jabal, Pemuda Yang Arif Dalam Fiqh Lagi Dipercayai

Kita sebagai masyarakat Islam, sekiranya ingin tahu tentang hukum-hakam islam, kita mestilah akan rujuk kepada alim ulama yang pakar dalam bidang Fiqh.

Harini kita akan mengetahui sebuah kisah tentang sahabat nabi yang alim, warak dan soleh sehinggakan Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut bahawa tidak akan lahir lagi seorang bayi atau pemuda yang hebat, “sehebat Muaz Bin Jabal”.

Seperti yang diketahui, semasa perjanjian Aqabah yang ke-2, Terdapat 70 orang yang datang kepada Nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah seorang pemuda Ansar, yang tampan sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat sikap dan ketenangannya pasti akan terpesona.

Muaz Bin Jabal merupakan golongan yang terawal memeluk agama Islam. Muaz ini telah memeluk agama Islam sejak beliau masih berumur 18 tahun.

Perwatakannya yang sering tertonjol dalam dirinya adalah dia seorang yang bijak berkaitan dengan hukum-hakam dalam islam. Nabi Muhammad SAW juga turut memuji Muaz Bin Jabal.

“Umatku yang paling tahu persoalan halal dan haram adalah Muaz Bin Jabal.” kata Rasulullah SAW.

Kecerdasan otak dan keberaniannya dalam mengemukan pendapat sering juga disamakan dengan Saidina Umar Bin al-Khattab.

Pada suatu ketika Nabi Muhammad SAW mahu menghantar Muaz Bin Jabal ke Yaman untuk menjadi guru atau ustaz. Rasulullah SAW mahu menghantar Muaz Bin Jabal bertujuan untuk mengajar orang islam di Yaman.

Sebelum Rasullah SAW menghantarnya ke Yaman, Rasulullah menguji terlebih dahulu kelayakannya untuk menjadi seorang guru.

“Wahai Muaz apakah pedoman engkau untuk engkau adili tentang sesuatu perkara,” tanya Rasulullah SAW

“Kitab Allah,” jawab Muaz.

“Sekiranya engkau tidak temui di dalam kitab Allah?” tanya Rasulullah SAW lagi.

“Sunnah Rasulullah” jawab Muaz.

“Kalau tiada dalam sunnah Rasulullah?” Tanya Rasulullah lagi

“Aku akan berijtihad dengan akal fikiranku,” jawab Muaz lagi.

Jadi, apabila Rasulullah SAW mendengar jawapan yang diberikan oleh Muaz Bin Jabal maka baginda tersenyum kerana berpuas hati untuk menghantar Muaz Bin Jabal ke Yaman.

Semasa hendak menghantar Muaz Bin Jabal ke Yaman, Rasulullah SAW sempat memegang tali unta Muaz dan berkata kepadanya bahawa  “nanti kita tidak berjumapa sudah.”

Maka, pada ketika itu Muaz Bin Jabal menangis dan berasa sangat sedih kerana hendak berpisah dengan Rasulullah SAW. Ternyata memang benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW terhadapnya. Rasulullah SAW wafat ketika Muaz Bin Jabal berada di Yaman.

Sebelum bertolak pergi, Rasulullah SAW sempat berdoa kepada Muaz Bin Jabal

“Semoga Allah memelihara engkau wahai Muaz di hadapan engkau, di belakang engkau, di kanan engkau, di kiri engkau, di atas engkau, di bawah engkau dan Allah menjauhkan kau dari segala kejahatan manusia dan jin.”

Untuk pengetahuan, Muaz bin Jabal adalah sahabat nabi yang dapat naik unta bersama Rasulullah SAW yang duduk di belakang.

Rasulullah SAW semasa menaiki unta bersama dengan Muaz berkata” Muaz, aku sayang pada kau,”

Muaz sangat gembira apabila mendengar kata-kata Rasulullah SAW dan berkata “Aku juga sayang kepadaMu seperti mana engkau sayang kepadaku. Aku sayang engkau kerana Allah,”

Kerana itu, Rasulullah SAW berpesan kepada Muaz Bin Jabal untuk tidak pernah meninggalkan doa ini

ALLAHUMMA  A’INNI  ALA DZIKRIKA WASYUKRIKA WA HUSNI  IBADATIK

Maksudnya: Ya Allah Engkau bantulah aku untuk mengingati engkau, untuk berterima kasih kepada engku, utuk berbuat baik kepada engkau dan untuk beribadat kepada engkau dengan sebaik-baiknya.

Antara sahabat yang sering meminta pandangan atau buah fikiran berkaitan hukum adalah Amirul Mukminin iaitu Saidina Umar al-Khattab.

Namun, Muaz Bin Jabal adalah antara sahabat nabi yang pendiam. Dia hanya akan bercakap dan berbicara apabila orang ramai meminta pendapatnya. Sekiranya terjadi sesuatu perselisihan faham, orang ramai akan datang merujuknya untuk Muaz Bin Jabal putuskan jawaban.

Muaz Bin Jabal menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia muda iaitu 33 tahun semasa pemerintahan khalifah Umar Bin al-Khattab akibat penyakit ‘Taun”.

Sumber: Siakap Keli TV

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.