Siakap Keli
makam imam al bukhari
Gambar via Republika

Makam Imam al-Bukhari Di Uzbekistan Yang Diiktiraf Dunia

Imam al-Bukhari merupakan salah seorang ulama hadis yang terkemuka dalam dunia Islam. Beliau dilahirkan di Bukhara pada 21 Julai 810 dan meninggal dunia di Khartang (sekarang di daerah Chelak Wilayah Samarkand), iaitu 25km dari Samarkand, Uzbekistan.

Imam al-Bukhari juga dikebumikan pada tahun 870. Dikatakan tempat itu telah lama ditinggalkan selama berabad-abad. Walau bagaimanapun, makam itu telah dipulihkan selepas kemerdekaan Uzbekistan.

Pada 29 April 1997, Kerajaan Republik Uzbekistan menyambut ulang tahun kelahiran Imam al-Bukhari yang ke-1225 mengikut kalendar “Hijra-Lunar” yang telah diterima pakai.

Pada November tahun yang sama, Persidangan Agung UNESCO menerima resulosi mengenai penyertaan pada tahun 1998 dalam tarikh perayaan yang tidak dapat dilupakan iaitu ketika ulang tahun ke-1225 kelahiran saintis Ismail al-Bukhari.

Dalam sambutan itu, sebuah bangunan peringatan dibina di makam Imam al-Bukhari, menggunakan tradisi seni bina kuno Asia Tengah. Sebanyak 10 hektar tanah diperuntukkan. Tambahan lagi, makam itu bersebelahan dengan Lebuhraya Samarkand yang berjarak 25km.

Gambar via Safe Tourism

Pembinaan bangunan itu dan kerja-kerja landskap dijalankan di bawah pimpinan Presiden Republik Uzbekistan, Islam Karimov. Pengukir-pengukir arca itu datang dari pelbagai tempat seperti Samarkand, Bukhara, Khiva, Tashket, Andijan, Kokand dan Shakhrisabz untuk mengambil bahagian dalam pembinaan kompleks itu.

Berdasarkan tradisi seni bina negara, masjid, bangunan pentadbiran dan lain-lain dibina, bentuk bangunan pentadbiran utama makam itu menghadap ke arah selatan. Pintu masuk ke makam itu pula dibuat melalui tiga pintu gerbang berukiran besar dari segi struktur melengkung.

Pintu masuk utama melalui Darvaza-khana dibina dengan teras besar melengkung. Di pintu masuk Darvaza-khana yang besar iaitu di sebelah kanannya, terdapat bilik pentadbiran dan lain-lain.

Makam Imam al-Bukhari terletak di tengah bangunan. Struktur bawah bangunan itu berbentuk kubus manakala di atasnya berbentuk kubah 17 meter. Dindingnya dihiasi dengan jubin berlapis hijau muda, biru, putih, marmar, onyx dan granit.

Di sebelah kanan, di bawah batu nisan onyx biru muda (Sagan) di tingkat atas, terdapat kubur al-Bukhari, ditutup dengan marmar. Di sebelah kiri halaman terdapat sebuah masjid dengan keluasan 786 meter persegi. Jumlah keluasan makam itu ialah 214 meter persegi.

Masjid ini juga mampu menampung seramai 1,500 jemaah pada masa yang sama.

Sementara itu,di ceruk mihrab tergantung Kiswa iaitu penutup Kaabah,Penutup Kaabah itu diberikan kepada Presiden Uzbekistan, Islam Karimov oleh Raja Arab Saudi, Fahd bin Abdulaziz Al Saud. Di sebelah kiri halaman adalah sebuah dewan dengan bilik utiliti (Miyansaray).

Kubah Miyansaray seperti kubah lain yang sama saiz dan isipadu. Bangunan ini menempatkan perpustakaan, pejabat kakitangan penyelidikan dan bilik-bilik lain. Jumlah kawasannya ialah 946 meter persegi.

Perpustakaan ini mengandungi sampel unik manuskrip al-Quran, pelbagai edisi, serta contoh karya Imam al-Bukhari. Di sebelah makam Imam al-Bukhari adalah bangunan pusat Imam al-Bukhari Antarabangsa, yang diasaskan oleh Presiden Republik Uzbekistan, Islam Karimov pada 23 Mei 2008.

Gambar via safe tourism

Kompleks Imam al-Bukhari adalah salah satu daripada struktur terbesar dan paling unik yang dicipta di negara itu dalam beberapa abad kebelakangan ini.

Seperti kata Islam Karimov, ia bukan sahaja tempat ibadat suci, tapi juga salah satu tempat di Uzbekistan yang memuliakan tanah air dan memainkan peranan penting dalam pendidikan generasi muda, malah membuatkan setiap orang berfikir tentang kehidupan dan keabadian.

Sumber: Uzbekistan

 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?