Pindaan gaji minimum yang berjumlah RM1,500 tetap akan dilaksanakan mulai 1 Mei ini, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter miliknya sebentar tadi.
“Saya memberi jaminan bahawa pindaan gaji minimum RM1,500 akan tetap dilaksanakan mulai 1 Mei ini.
“Perincian mengenainya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan (kemudian),” katanya dalam kenyataan tersebut.
Berita lanjut menyusul.
Saya memberi jaminan bahawa pindaan gaji minimum RM1,500 akan tetap dilaksanakan mulai 1 Mei ini.
Perincian mengenainya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia @DatukSaravanan
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) April 24, 2022
Sumber: Twitter