Siakap Keli
kwsp

Duit Pengeluaran Khas KWSP Perlu Dikenakan Zakat Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti Negeri Sembilan

Baru-baru ini pembayaran Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikreditkan kepada pemohon secara berperingkat. Pembayaran itu telah diawalkan pada 18 April lalu atas permintaan ramai.

Sebelum ini, pemohon dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan tersebut sehingga maksimum RM10,000.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada pengeluaran khas itu perlu dikenakan zakat atau tidak.

Bagi menjawab persoalan tersebut, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan ada menyatakan berkenaan perkara itu dalam muat naik terbaru di akaun Facebook rasminya.

Menurut Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, hukum mengeluarkan zakat bagi pengeluaran khas itu tidak diwajibkan sekiranya wang KWSP itu cukup nisab apabila dikeluarkan.

Namun, ia akan dikenakan zakat jika disimpan selama setahun.

“Ini kerana miliknya baru sahaja sempurna (الملك التام), jika disimpan selama setahun, barulah dikenakan zakat 2.5% (bergantung dengan kadar nisab ketika itu),” kata jabatan itu.

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.