Siakap Keli
Bad Lab

Hati-Hati Gadis Kalau Lelaki Pakai ‘Benda’ Ni Kat Bazar Ramadan, Silap-Silap Boleh ‘Terpukau’

Pada bulan Ramadan ni, mesti ramai yang suka nak singgah Bazar kan. Yelah, nak beli makanan dan minuman sedap-sedap untuk berbuka. Tapi peringatan untuk gadis-gadis, hati-hati kalau ternampak lelaki pakai ‘benda’ ni.

Tapi jangan salah faham pula, ‘benda’ yang dimaksudkan adalah produk BAD LAB . Haa, mesti ramai kan yang tahu dengan produk-produk BAD LAB  ni. Produk BAD LAB  boleh membuatkan seseorang jejaka itu jadi #HensemGiler.

Human Billboard Team #HensemGiler BAD LAB  Di Bazar Ramadan

Anda boleh tebus hadiah-hadiah yang menarik tau sebenarnya bila dapat cari Human Billboard team #HensemGiler BAD LAB  ni di Bazar Ramadan. Best kan sebab senang nak je boleh dapat hadiah. BAD LAB  pilih untuk menggunakan Human Billboard supaya dapat tarik perhatian ramai tentang #HensemGiler dan dijadikan topik perbualan ramai.

Lagi satu, boleh la juga anda nak membuat memori-memori indah di Bazar Ramadan bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Bila anda dah dapat jumpa dengan Human Billboard BAD LAB  ni di Bazar, anda boleh terus dapat tebus sampel produk BAD LAB dan iklan produk. Boleh juga tebus baucer diskaun RM5 untuk guna di Watsons.

* Team #HensemGiler BAD LAB

‘Snap’ Gambar Di Bazar Ramadan, Boleh Menang Barang BAD LAB  Berjumlah RM500

Dah alang-alang suka bergambar di Bazar tu, apa kata anda semua rebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh BAD LAB . Senang betul nak masuk pertandingan ni. Ambil gambar bersama Team #HensemGiler BAD LAB di Bazar, kemudian post kat Instagram sambil tag diorang tau. Lepas tu, boleh berpeluang untuk menang barangan BAD LAB  yang berjumlah RM500 setiap hari.

Untuk siapa yang berminat, cepat-cepat lah ke Bazar Ramadan yang terlibat dan mula mengambil gambar. Perlu cari je team #HensemGiler BAD LAB , lepas tu anda boleh terus tebus hadiah yang menarik. Senang je nak nampak team tu. Tapi, bukan semua Bazar Ramadan ada team #HensemGiler BAD LAB  ni. Di bawah ialah Bazar yang terlibat.

Dari 17 April sampai 2 May 2022, anda cuma perlu buat beberapa perkara sahaja untuk menang. Ini cara-caranya.

  • Cari nama @badlabco di Instagram dan terus ‘Follow’. Pastikan akaun anda diset ‘Public’ tau.
  • Ambil gambar team #HensemGiler BAD LAB di Bazar Ramadan tu.
  • Muat naik gambar pilihan anda di Instagram Feed atau Story. Jangan lupa tag @badlabco.

Mudah bukan nak menang pelbagai produk BAD LAB  sebagai hadiah. Apa tunggu lagi, cepat masuk pertandingan ni.

Produk-Produk BAD LAB

* Klik imej untuk pembelian online dari Watsons

Untuk tahu lebih lanjut tentang Terma & Syarat pertandingan, klik je link ni. Baru la anda akan lebih faham tentang pertandingan. Nak lebih senang cari akaun Instagram BAD LAB, cari @badlabco di platform sosial media tersebut.

Nor Fakhry