Siakap Keli

4 Tabiat Ini Boleh Rosakkan Kereta Anda, No 4 Ramai Selalu Buat

Tidak dinafikan setiap hari kita akan memandu kereta. Selain pergi ke tempat kerja, kereta juga diguna untuk urusan lain, misalnya membawa keluarga keluar makan atau bercuti hujung minggu. Ya, zaman sekarang kereta menjadi satu keperluan setiap keluarga, paling tidak pun kebanyakan setiap sebuah rumah mesti ada sebiji kereta.

Namun, sedarkah kita bahawa terdapat beberapa amalan ‘biasa’ yang selalu dilakukan sebenarnya boleh memudaratkan kereta anda?

Jom ikuti perkongsian daripada WapCar tentang empat tabiat yang akan merosakkan kenderaan anda. Apakah tabiat yang dimaksudkan? Jom, teruskan membaca artikel ini.

1. Terus tekan minyak kuat lepas ‘start’ kereta

Tidak dinafikan, kenderaan moden tidak perlu menunggu lama untuk ‘warm up’ namun tidak bererti kita boleh terus ‘melenjan’ kereta sebaik sahaja enjin dihidupkan. Ia boleh menyebabkan stress yang tinggi pada enjin. Hal ini demikian kerana, suhu minyak enjin ketika itu belum lagi berada pada tahap optimum.

2. Tidak menekan brek ketika lalu bonggol

Menurut WapCar, ramai yang menganggap tindakan ini hanya akan menyebabkan suspensi sahaja yang koyak. Tetapi sebenarnya, kerosakan yang boleh berlaku mungkin lebih daripada itu. Tindakan ini juga boleh menyebabkan kerosakan mounting kereta dan rasa longgar pada casis.

Untuk pengetahuan anda, untuk membaiki semua ini akan menelan kos yang tinggi.

3. Pusing steering full lock dengan kuat

Jika anda selalu melakukan tabiat ini, steering rack akan cepat rosak dan akan mengeluarkan bunyi yang tidak sedap didengar serta tidak lancar seperti awal dahulu. Untuk membaiki masalah ini juga akan menelan kos hingga beribu-ribu.

4. Tidak menggunakan signal

Nombor empat ini antara ‘tabiat buruk’ yang paling kerap berlaku ketika memandu. Hal ini bukan sahaja akan menelan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kereta jika terlibat dalam kemalangan malah kemungkinan ada yang akan kehilangan nyawa. Lagi malang, kalau yang hilang nyawa itu adalah pengguna jalan yang lain, sedangkan puncanya adalah daripada sikap sambil lewa kita.

@wapcar_adrian

Adakah anda ada tabiat2 ini? Kena membetulkan! #carsafetytips #carmalaysia #learnontiktok

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Tidak dinafikan, tabiat-tabiat ini sememangnya sering dilakukan oleh ramai pemandu kereta. Jadi, dengan hari raya akan kunjung tiba tidak lama lagi dan kita semua bakal melakukan perjalanan jauh menggunakan kenderaan, jadi marilah kita ambil peringatan bersama. Sayangi nyawa dan duit anda.

BACA: Rasmi, Elon Musk Beli Twitter RM 191 Billion

Sumber: Wapcar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.