Siakap Keli
astro

Astro Nak Bagi 60 Hari Percuma Langganan Untuk ‘Pack’ Terpilih, Ini Cara Nak Tebus

Kepada anda yang masih lagi tengah fikir-fikir untuk nak langgan Astro atau tidak, inilah peluang yang perlu anda dapatkan secepat mungkin. Sebabnya, Astro ada buat tawaran terhad percuma bagi langganan untuk pack yang terpilih. 

Dalam pack yang terpilih tersebut, anda boleh menikmati 60 hari percuma langganan apabila anda ambil pakej Sukan, Platinum, Premium 1 dan Premium 2 atau pun 30 hari percuma langganan apabila anda melanggan untuk ambil pakej Entertainment, Movies, Entertainment Plus dan Premium 3 packs untuk kontrak selama 24 bulan.

Cara nak tebus

Untuk tebus tawaran percuma yang Astro nak bagi ni, senang sahaja. Pelanggan cuma perlu mendaftar untuk melanggan pakej Sukan, Platinum, Premium 1 dan Premium 2 Packs dengan kontrak selama 24 bulan. Mudah sahaja, lepas dah daftar tu, anda terus boleh menikmati tawaran tersebut.

Daripada kesemua pakej yang ditawarkan itu sehinggalah kepada aplikasi penstriman seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan HBO GO yang anda akan dapat tanpa ada caj tambahan dikenakan tau. Banyak gila kan? Memang untung betul.

Paling best sekali, tawaran ni muncul di waktu yang cantik. Sebabnya, masa tawaran ni muncul, filem-filem baru yang best seperti The Batman, King Richard, siri popular Chucky S1, Chicago Fire S9, K-drama Sh**ting Stars, The Killers Shopping List dan dan banyak lagi. Memang baguslah kalau langgan pada waktu ni.

Berpeluang menang YZF-R25 

Kalau anda ni jenis yang minat sukan dan tak pernah terlepas menyaksikan perlawanan-perlawanan besar membabitkan liga-liga di Eropah, anda wajib untuk langgan pakej ini. Dengan tempoh selama 60 hari secara percuma, anda tidak perlu risau lagi untuk terlepas perlawanan-perlawanan sukan yang penting. Tambahan lagi demam bola sepak FIFA bakal melanda dunia. Tak terhenti di situ sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah motosikal YAMAHA YZF-R25 apabila anda mendaftar secara online dengan beberapa langkah mudah sahaja.

Dapat rebat

Pelanggan juga akan dapat rebat pemasangan untuk Ultra dan Ulti Box sebanyak RM39 yang akan dikecualikan manakala Ultra Plug dan Play Box pula sebanyak RM19. Pelanggan di kawasan jalur lebar berkelajuan tinggi pula kini mempunyai pilihan untuk memilih Ultra Plug dan Play Box baharu yang tidak memerlukan pemasangan satelit dan boleh dipasang sendiri semudah memasang mana-mana peranti Bluetooth.

Dengan tawaran ini, pelanggan yang berminat digalakkan untuk mengetahui semua pakej menarik yang ditawarkan oleh Astro bagi memilih mana satu yang paling anda kehendaki. Pelbagai rancangan menarik seperti program kanak-kanak, program langsung, sukan dan macam-macam lagi. Sebut sahaja Astro, semuanya ada! Dengan gabungan pakej yang telah direka untuk memenuhi sensibiliti Malaysia moden, anda kini boleh memiliki semua keperluan hiburan dengan hanya satu pakej sahaja. Jadi, lepas ni dah tak perlu nak langgan semuanya secara berasingan.

Ketahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pack Astro terbaharu yang direka untuk memperkasakan pelanggan supaya anda boleh strim semua rancangan yang anda gemari di satu tempat atau daftar untuk mana-mana pakej baharu ini.

Sports pack

Platinum pack



Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.