Siakap Keli
banjir di segambut
Gambar: Twitter

Banjir Di Segambut: “Dalam Kegembiraan Nak Raya, Keluar RM10k KWSP..Ini Yang Berlaku?”

Banjir di Segambut, Kuala Lumpur pada semalam sekali lagi menjadi ‘muka depan’ beberapa laporan berita di media sosial. Warga kota raya diuji hanya beberapa hari sebelum balik beraya.

Sebilangan besar rakyat di negara ini baru sahaja ‘menikmati’ RM10,000 yang dikeluarkan daripada Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak minggu lepas.

Justeru, mungkin wang tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya untuk kegunaan semasa dan akan datang seperti melunaskan hutang-piutang, simpanan, beli persiapan raya dan banyak lagi.

Menyentuh tentang duit RM10,000 dan hari raya Aidilfitri, umumnya kita semua sedang bersiap-sedia untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Namun siapa sangka, semalam sebahagian besar warga kota raya di Kuala Lumpur diuji dengan ujian yang tidak disangka-sangka iaitu fenomena banjir kilat yang melanda beberapa kawasan utama.

Menurut laporan media pada semalam, antara lokasi yang cukup terjejas adalah di sekitar Jalan Semantan, Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Justeru, seperti yang kita ketahui, fenomena banjir yang berlaku agak ‘jarang’ mengenal ‘mangsanya’. Sudah tentu yang menjadi mangsa adalah kita sendiri – yang tidak mampu menolak takdir-Nya.

Selain manusia, perkara lain yang cukup terjejas dalam banjir di Kuala Lumpur semalam adalah infrastruktur awam, kenderaan-kenderaan orang awam, rumah, bangunan pejabat dan seumpamanya.

Banjir di Segambut menguji kita

Sehubungan itu, media sosial pada semalam sekali lagi dihangatkan dengan penularan rakaman gambar dan video yang memaparkan situasi banjir di banyak tempat berbeza.

Salah seorang warganet, Nor Azam Budin juga turut memuat naik satu rakaman video memaparkan sebuah kereta dipercayai jenama Honda yang sudah ‘lumpuh’ ditenggelami banjir.

“Bayangkan, dalam kegembiraan nak raya. Keluar duit RM10,000 KWSP sebab nak buat persiapan dan survive selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dan perkara (banjir) ini berlaku?

“Semoga penduduk Segambut dipermudahkan daripada segala urusan banjir ini. Doakan untuk mereka,” katanya dalam perkongsian video tersebut.

Menerusi rakaman berkenaan, jelas kelihatan air banjir yang berwarna coklat berlumpur naik hingga memasuki ruang dalaman kereta berkenaan, malah parasnya dipercayai sudah menyamai aras tempat duduk.

Perkongsian Nor Azam tersebut telah membuatkan warganet lain turut tersentuh hati dan bersimpati atas ujian yang menguji pemilik kereta tersebut.

Sehubungan itu, ramai warganet turut melontarkan rasa simpati mereka menerusi ruangan komentar pada video berkenaan.

“MasyaAllah. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk orang (yang) ditimpa ujian. Amin,” kata seorang warganet bernama @juyobestie.

“Ya Allah sedihya. Baru pulih dari banjir hari itu. Sekarang diuji lagi sekali. Ya Allah permudahkanlah urusan mereka terutamanya yang nak balik beraya,” kata seorang warganet, @azmieydaud.

“Sedih la. Dah la seminggu lagi nak raya. Banyak duir habis nanti tu. Nak cuci kemas rumah lagi,” luah seorang lagi warganet bernama @Meching_.

Sumber: Twitter  Nor Azam Budin

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?