Siakap Keli

Jangan Tengok Harga Je, Ini 5 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Rumah

Jangan tengok harga sahaja, mungkin inilah yang anda perlu terapkan sekiranya ada hasrat dan memasang cita-cita untuk membeli rumah kediaman sendiri. Memang, sekiranya diikutkan kebiasaan, harga rumah adalah faktor terpenting sebelum seseorang membuat kira-kira untuk membelinya, namun ada beberapa perkara yang perlu ditelusi agar kehidupan lebih selesa pada hari mendatang.

Sekiranya anda memastikan bahawa lima perkara ini dipenuhi sebelum membeli rumah, mungkin anda tidak teragak-agak untuk membelinya juga walaupun harganya sedikit tinggi. Hal ini kerana sudah pasti pembelian tersebut akan berbaloi yang akan dibawa hingga ke masa hadapan.

Jangan Tengok Harga Je, Ini Lima Perkara Lain Perlu Ambil Tahu

Antara lima perkara tersebut adalah faedah jualan yang menawarkan kemudahan seperti percuma kabinet dapur, perjanjian pinjaman percuma dan banyak lagi. Selain itu, keluasan sesebuah rumah juga penting terutamanya bagi yang sudah berkeluarga untuk memastikan mereka selesa. Bukan itu sahaja, fasiliti seperti tempat letak kereta, arena sukan, kolam renang bersaiz olimpik, taman permainan dan banyak lagi sangatlah penting untuk memastikan kehidupan lebih mudah pada masa akan datang.

jangan tengok harga

Kedai yang berdekatan dengan rumah juga antara salah satu perkara terpenting perlu didalami. Perkara ini kerana lebih mudah untuk mendapatkan barang keperluan terutamanya ketika berada dalam keadaan ‘terdesak’. Paling penting untuk dititik beratkan adalah keselamatan seperti perkhidmatan pengawal keselamatan.

Pun begitu, timbul persoalan adakah ada rumah yang lengkap dengan lima perkara di atas dengan harga yang berpatutan dan berbaloi.

Eden By The Parque Residences

Memang tak disangka-sangka, rupanya wujud perumahan yang memenuhi kelima-lima perkara terbabit disamping harga yang berpatuttan. Perumahan yang dimaksudkan adalah Eden By The Parque Residences.

Perumahan ini dijangka bakal siap pada tahun 2025 yang akan datang. Apa yang menariknya, pembelian rumah ini adalah tanpa ‘booking fee’ yang perlu dikeluarkan oleh bakal pembeli.

Faedah Jualan

Pemaju perumahan ini menawarkan faedah jualan seperti percuma SPA dan juga kos perjanjian pinjaman yang percuma. Bukan itu sahaja, Memorandum of Transfer (MOT) juga diberikan secara percuma untuk dinikmati oleh bakal pembeli.

Tidak habis setakat itu sahaja, pemaju siap sediakan percuma kabinet dapur dan juga Hob & Hood untuk kegunaan bakal tuan rumah.

jangan tengok harga

Keluasan

Perumahan ini juga pastinya selesa dengan kehidupan berkeluarga kerana keluasan bagi setiap unit rumah adalah 1,200sqft. Bagi setiap satu unit, rumah ini dibina dengan 4 bilik tidur dan juga 2 bilik air. Ada juga unit yang bersaiz lebih kecil iaitu 1,065sqft dengan 3 bilik tidur dan dua bilik air.

Fasiliti

Antara perkara sangat disukai ramai adalah setiap rumah disediakan dua tempat letak kereta yang kemas. Jadi, pembeli tidak perlu berebut tempat letak kereta kerana sudah disediakan bagi setiap isi rumah. Bukan itu sahaja, Eden By The Parque Residences juga disediakan arena sukan, kolam renang bersaiz olimpik dan gim, taman permainan, bilik hiburan dan juga gravel beach.

Dekat Dengan Kedai

Senang kan jika ada kedai yang dekat dengan rumah, tak perlu bersusah payah menghadap kesesakan lalu lintas untuk membeli ‘secebis’ barangan. Di Eco Sanctuary, terdapat mall kejiranan yang dinamakan sebagai Sanctuary Mall.

Antara outlet yang terdapat di dalamnya adalah Mercearia Neighborhood Grocer, Maju Home, Boost Juice, Chatto, Yogurt Cow dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Eco Somerset menawarkan gaya hidup lebih menarik dengan adanya cafe, pusat cuci kenderaan, cafe, klinik gigi, klinik, taman kanak-kanak dan banyak lagi.

Keselamatan

Untuk pengetahuan, Eden By The Parque Residences turut dilengkapi dengan pintu masuk berpalang di mana pemilik yang mempunyai akses sahaja boleh masuk. Ditambah pula pengawal keselamatan yang kerap membuat rondaan, sudah pasti perumahan ini tenang dan selamat didiami.

Secara kesimpulannya, harga memang aspek yang penting dalam proses membeli rumah, tapi 5 perkara di atas juga sangat penting untuk dipertimbangkan. Dengan ada fasiliti rumah kelab lengkap ini, tambah lagi percuma kabinet dapur, perjanjian pinjaman, MOT, harga ini memang berpatutan dan anda tidak akan teragak-agak untuk meneruskan pembelian kerana merasakan sangat berbaloi.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara tersebut turut tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Eden By The Parque Residences dilihat sebagai perumahan yang sangat eksklusif dan selesa untuk didiami terutamanya yang sudah berkeluarga.

Sekiranya anda berminat atau berhasrat untuk melihat perumahan ini, anda boleh terus menghubungi Nik di https://bit.ly/3v0UMcY

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa