Siakap Keli
hari raya aidilfitri
Gambar Via Balai Cerap al-Khawarizmi/ libur.my

Mesej Dakwa Hari Raya Aidilfitri Jatuh Pada 2 Mei Tidak Benar – Balai Cerap Al-Khawarizmi

Dakwaan yang tular mengenai Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada 2 Mei adalah tidak tepat dan sengaja direka untuk mengelirukan orang ramai.

Menurut Balai Cerap Al-Khawarizmi, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 Hijrah diterima dan selesai dilakukan.

Menerusi kenyataan di Facebook, pihaknya juga berkata kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).

“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 Hijrah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.

“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443 Hijrah.

“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” kata pihaknya.

Terdahulu, tular sebuah mesej yang mendakwa bahawa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing lima darjah dan tujuh darjah, lapor Kosmo.

Dakwa mesej itu lagi, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.

“Hari raya tahun ini mungkin akan berubah dan awal sehari dari yang tertera di kalendar.

“Raya akan disambut pada Isnin, 2 Mei dan bukannya 3 Mei yang semua maklum,” dakwa mesej itu.

BACA JUGA: Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1 Mei 2022, Ini 29 Lokasi Yang Dikenal Pasti

Sumber: Balai Cerap Al-Khawarizmi, Kosmo

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.