Tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian pecah rumah yang didakwa berlaku di Kota Kinabalu hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Utusan TV di TikTok, kejadian tersebut dipercayai berlaku di taman perumahan Kingfisher.
Dalam video tersebut, tiga orang lelaki dilihat telah menceroboh masuk ke dalam kawasan sebuah rumah.
Salah seorang daripada tiga lelaki itu dapat dilihat cuba masuk ke dalam rumah tersebut dengan menendang pintu rumah berkenaan.
Sejurus selepas berjaya membuka pintu tersebut, ketiga-tiga mereka dilihat terus ceroboh masuk ke dalam rumah itu.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu mereka dilihat bertempiaran lari selepas dipercayai menyedari terdapat penghuni di dalam rumah tersebut.
Difahamkan, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti suspek yang terlibat.
Maklumat lanjut mengenai kejadian pecah rumah itu tidak dinyatakan.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini video berkenaan telah mendapat sebanyak 83.8 ribu tontonan.
@utusantvofficial Kejadian di taman perumahan Kingfisher. Pencuri lari selepas menyedari ada penghuni | Deasoka. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia
Sumber: UtusanTV