Siakap Keli
Gambar Via NDTV

4 Terbunuh, Beberapa Yang Lain Cedera Letupan Di Universiti Di Karachi, Pakistan

ISLAMABAD, 26 April (Bernama) — Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa, memetik laporan tempatan.

Sebuah van yang diletakkan di premis universiti tiba-tiba meletup dan terbakar, lapor Xinhua.

Jenis bahan letupan belum dapat dipastikan lagi dan polis memanggil skuad pemusnah bom untuk menentukan sama ada kejadian itu adalah serangan pengganas.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dan identiti mereka belum dapat disahkan.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.