Siakap Keli
lembu

Aksi Lembu Intai, ‘Pecah Masuk’ Bilik Gadis Tular

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan detik-detik ketika seekor lembu pecah masuk ke dalam bilik seorang gadis di Indonesia.

Memetik laporan Suara.com, video yang dimuat naik oleh @jawashitpost itu menarik perhatian dan membuatkan netizen terhibur.

Tanpa diketahui puncanya, lembu itu dipercayai memasuki bilik gadis tersebut pada waktu malam dan merenung ke arah gadis itu.

Sementara itu, gadis yang tidak diketahui identitinya itu kedengaran menjerit mengadu kepada ibunya dalam bahasa Jawa.

“Mak, lembu masuk dalam rumah,” jeritnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat kejadian tersebut dan ada yang beranggapan bahawa pemilik rumah itu terlupa mengunci pintu.

“Belum Aidiladha sudah tawarkan diri,” kata salah seorang netizen.

“Nak apa masuk rumah tu,” tulis seorang lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 180 ribu tontonan di Twitter.

Sumber: Suara.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.