Siakap Keli
Gambar via Bernama

Aktiviti Takbir Raya Di Masjid, Surau Dan Rumah Ke Rumah Dibenarkan – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa takbir raya di masjid, surau dan rumah ke rumah dibenarkan.

Pun begitu, individu yang positif COVID-19 tidak dibenarkan.

“Bagi aktiviti takbir raya, dibenarkan dibuat di masjid dan surau serta dibenarkan dibuat di rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka.

“Individu positif COVID-19 dilarang untuk menyertai dan mereka yang bergejala digalakkan untuk tidak menyertai,” katanya.

Menurutnya, kebenaran itu adalah untuk memastikan keluarga Malaysia menyambutnya dalam keadaan yang meriah dan selamat.

“Protokol ini adalah sebagai panduan umum namun ia tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh pihak berkuasa agama negeri,” ujarnya.

Selain itu, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan dengan kapasiti 100 peratus dengan memakai pelitup muka.

Tambahnya lagi, rumah terbuka termasuk menziarahi kubur juga dibenarkan.

Perkara tersebut dimaklumkan beliau menerusi sidang media khas petang ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.