Dalam tempoh seminggu yang lalu kami ada kongsikan pandang pertama bagi Samsung Galaxy A33 5G yang secara jelas boleh dilihat pengganti kepada Samsung Galaxy A72. Apa tidaknya, sekali pandang, reka bentuk peranti ini boleh dikatakan sama. Tapi, bagaimana pula dengan ‘performance’ bagi Samsung Galaxy A33 5G ini? Lebih baik atau bagaimana?
‘Unboxing’ Samsung A33 5G, ‘Smartphone’ Kelas Pertengahan Terhebat 2022 Setakat Ini
Reka Bentuk Bergaya Seperti Samsung Galaxy A72
Betul, mungkin ramai yang perasan dengan reka bentuk dua peranti ini hampir sama semuanya. Untuk lebih kepastian, mari kita lihat apa yang dipersembahkan Samsung untuk peranti terbaru ini.
Samsung Galaxy A33 5G dalam kelas mid-range didatangkan dengan reka bentuk yang sangat lebih nipis dengan menggunakan material plastik untuk cover. Lebih menarik, cover peranti ini masih mengekalkan anti–fingerprint supaya kebersihan peranti ini terjamin, lebih-lebih lagi bagi yang tidak gemar menggunakan casing.
Di bahagian bawah, peranti ini direka dengan ciri mikrofon, port USB Type C dan juga speaker, manakala di bahagian kanan pula ada butang power dan juga volume.
Perasan tak, peranti ini tidak direka bersama 3.5MM Audio Jack untuk kegunaan earphone. Jadi, solusi bagi masalah ini adalah anda boleh mendapatkan earphone tanpa wayar ataupun AUX Adapter.
Super Amoled 90Hz
Samsung Galaxy A33 5G ini turut dilengkapkan dengan skrin 90Hz Super Amoled yang boleh memberi kepuasan visual kepada pengguna. Dengan saiz 6.4 inch FHD+, peranti ini sangat sesuai layan movie sebab warnanya sangat sempura. Lagi satu, untuk penggunaan di luar rumah pula, skrin ini sangat membantu kerana memberikan cahaya yang sangat bertepatan dengan persekitaran yang lebih cerah.
Dual Speaker Dolby Atmos
Kalau nak layan movie, visual dan audio mestilah perlu di tahap yang terbaik. Bertepatan dengan itu, Samsung Galaxy A33 5G ini turut dilengkapi dengan Dual Speaker Dolby Atmos. Tidak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai yang sudah tahu akan kemampuan Dolby Atmos dalam bidang audio.
Mungkin anda tak percaya, treble dan bass bagi speaker peranti ini boleh buatkan anda ketagih, sehingga susah untuk berhenti layan lagu.
Memori ‘Gergasi’ 128gb ROM + 8gb RAM
Untuk bahagian memori, peranti ini didatangkan dengan 128gb ROM + 8GB RAM yang diyakini dapat membuatkan peranti ini lebih smooth walaupun untuk heavy work.
Memang tidak dinafikan, pengalaman kami selama seminggu menggunakan peranti ini masih tiada lagi masalah seperti lag walaupun penggunaan bertali arus.
Bateri Jumbo Dan Fast-Charging
Apa yang menariknya bagi peranti ini adalah ketahanan bateri yang sangat memuaskan kerana boleh bertahan sehingga sehari setengah walaupun menggunakan 90Hz refresh rate. Dengan bekalan sebanyak 5000mAh, peranti ini juga didatangkan dengan 25W Fast Charging yang boleh cas sehingga penuh dalam masa sekitar 30-40 minit sahaja.
Chipset Terbaru Jadi Taruhan
Antara ciri yang menjadi tumpuan bagi setiap peranti sudah pastinya chipset. Bagi Samsung Galaxy A33 5G ini, chipset berprestasi tinggi Exynos 1280 telah ditanamkan dalam peranti ini yang memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Paling penting juga, peranti ini tidak mudah panas walaupun ketika pengguna ‘layan game’ dalam tempoh yang agak lama. Lebih mendalam mengenai Exynos 1280 yang ditanam dalam peranti ini, tidak semua game sesuai dengannya memandangkan chipset ini masih baru sekiranya dibandingkan dengan chipset yang lain.
Kamera Terbaik Peranti Mid-Range 2022
Direka dengan lensa kamera, peranti mid-range ini mempunyai 48MP bagi kamera utama, 8MP ultra-wide, 5MP lensa makro dan juga 2MP sensor kedalaman. Bukan itu sahaja, bagi lensa di hadapan, peranti ini direka dengan 13MP kamera selfie.
Tidak dinafikan, kamera peranti ini boleh merakamkan dengan lebih terperinci segala butiran halus bagi gambar atau video kerana mempunyai ciri Optical Image Stabilization (OIS).

Peranti ini juga membolehkan pengguna untuk zoom sebanyak 10 kali dan hasil gambar juga memuaskan. Mode potrait yang terdiri dalam ciri kamera peranti ini juga boleh dikatakan sangat memuaskan walaupun dalam pencahayaan yang rendah.
Bukan itu sahaja, kamera depan dengan 13MP juga boleh menghasilkan gambar yang sangat berkualiti walaupun terdedah kepada backlight.
Setelah seminggu menggunakan peranti ini, agak sukar untuk menidakkan kemampuan Samsung Galaxy A33 5G sebagai peranti mid-range terbaik untuk tahun 2022. Dengan reka bentuk yang lebih sedap dipegang, ditambah dengan chipset terbaru, skrin yang sangat sempurna ditingkatkan lagi dengan dual speaker Dolby Atmos, peranti ini sememangnya sangat berbaloi dengan harga jual tidak mencecah RM1,500.
Tetapi kalau anda rasa belum puas menjelajah peranti ini, anda boleh layari pautan INI untuk maklumat lanjut.