Siakap Keli
permohonan cutinya
Gambar Via Khaleej Times

Berang Permohonan Cuti Ditolak, Lelaki Nekad Bunuh Majikan

Seorang pekerja di Dubai dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh majikannya yang menolak permohonan cutinya untuk pulang ke tanah air.

Memetik laporan Gulf News, suspek yang berusia 23 tahun itu bekerja di sebuah garaj di kawasan Perindustrian Al Quoz.

Menurut Mahkamah Dubai, suspek telah bertengkar dengan pengurusnya sebelum mengelar leher mangsa dengan menggunakan pisau tajam.

Suspek kemudian dilaporkan menghancurkan kepala mangsa dengan menggunakan tukul.

Pihak polis Dubai berkata mangsa ditemui oleh pekerjanya dalam keadaan berlumuran darah dan suspek merupakan orang terakhir yang dilihat bersamanya.

“Pekerja di garaj itu mendakwa telah keluar dari garaj selama 20 minit sebelum kembali semula ke garaj itu dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Mereka mengesyaki suspek melakukannya kerana dia adalah orang terakhir yang dilihat bersama mangsa dan dia telah menghilangkan diri selepas itu,” kata seorang anggota polis.

Difahamkan, suspek juga telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai untuk meninggalkan negara itu.

Tetapi malangnya tiada penerbangan tersedia ke lokasi yang ingin dituju olehnya.

Kemudian, dia telah pergi ke konsulat pada hari kedua untuk meminta bantuan bagi meninggalkan negara itu tanpa memberitahu apa yang telah dilakukan olehnya.

Menurut rekod rasmi, Polis Dubai telah menahannya di luar bangunan konsulat.

“Suspek bertengkar dengan mangsa kerana mahu pulang ke negaranya tetapi mangsa tidak bersetuju dengannya mengenai tarikh kembali.

“Mangsa kemudian memecat suspek dan memintanya meninggalkan tempat itu. Perkara itu telah membuatkan suspek hilang pertimbangan dan bertindak membunuh mangsa,” kata polis.

Semasa disoal siasat, suspek mendakwa bahawa dia menunggu sehingga rakan sekerjanya meninggalkan tempat kerja, mengunci pintu dan mengambil pisau untuk menyerang mangsa.

Dia juga berkata mangsa masih lagi bernyawa ketika lehernya dikelar. Disebabkan itu dia mengambil tukul dan memukul kepala mangsa.

Sementara itu, seorang pekerja berusia 62 tahun memberi keterangan bahawa dia pergi bersama rakan sekerjanya ke pasar raya berhampiran dan menemui mayat pengurus itu ketika dia kembali.

BACA JUGA: Dipercayai Berang Dua Tahun Kerja Tak Dibayar Gaji, Pemandu Tikam & Bunuh Majikan Sendiri

Sumber: Gulf News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.