Siakap Keli
Gambar via Google

Ini ‘Taktik’ Mudah Nak Pos Barang Sampai Cepat Walau Hantar ‘Last Minute’ Waktu Raya

Bila dah masuk musim perayaan, mesti ramai yang mengelak untuk pos barang ataupun membuat pembelian ‘online’. Apa tidaknya, takut tak sempat atau barang tersebut akan mula dihantar selepas musim perayaan, lagi-lagi kalau kita sendiri buat penghantaran yang lewat.

Pun begitu, tak sangka pula kan ada kurier yang masih sediakan perkhidmatan penghantaran barang walaupun pada waktu-waktu akhir musim perayaan. Bukan itu sahaja, penghantaran juga akan dilakukan pada hari yang sama atau keesokan harinya. Tiada tangguh-tangguh.

Kurier yang dimaksudkan adalah Lalamove yang menawarkan servis penghantaran barang tidak kiralah bersaiz kecil ataupun besar. Perkara ini adalah kerana Lalamove menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk membawa barang anda. Antaranya ialah motosikal, kereta, pick up truck, van, sehinggalah ke lori.

Apa yang lagi menarik, mereka juga akan menggunakan GPS Tracking di mana anda boleh mengenal pasti barang anda berada di mana pada satu-satu masa. Harga yang sangat berpatutan dan telus dengan berkonsepkan ‘Pay Per Use’. Disebabkan Lalamove menyediakan kenderaan seperti lori, mereka juga turut menawarkan servis pindah rumah.

Bukan itu sahaja sebenarnya, terdapat banyak lagi yang ‘best’ dengan Lalamove ni, terutamanya pada musim perayaan sekarang ni.

Penghantaran Jarak Jauh

Mungkin ada yang belum tahu, Lalamove menawarkan servis penghantaran di antara negeri sekiranya terdapat permintaan. Walau bagaimanapun, servis ‘long-haul’ ini hanya melalui ‘pick up’ dari Lembah Klang, Penang, Johor, Melaka dan di hantar ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Penghantaran Sepanjang Ramadan & Raya

Bertepatan dengan musim perayaan ini, mesti ramai yang hendak menghantar hadiah raya ataupun kuih raya kepada orang yang tersayang. Dengan adanya perkhidmatan penghantaran dengan kadar segera oleh Lalamove, anda tidak perlu bimbang sekiranya barang anda tidak sampai kepada penerima.

Perkara ini kerana kakitangan Lalamove akan terus membuat penghantaran barang anda walaupun pada waktu-waktu akhir musim perayaan.

Taktik Mudah Nak Pos Barang

Menarik bukan? Dah la boleh hantar pada jarak yang jauh, cepat pula tu, barulah yakin nak pos kuih raya buat anak perantau yang tak dapat pulang beraya. Sekiranya anda pun mempunyai niat yang sama, anda boleh menggunakan taktik mudah ini untuk menghantar barang anda dengan cepat.

Lebih mudah untuk menggunakan aplikasi Lalamove, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di Apple Store ataupun Google Play Store.

Tetapkan Laluan Penghantaran 

Masukkan tempat pengambilan dan destinasi penghantaran anda. Anda boleh menetapkan sehingga 19 destinasi dalam satu penghantaran. Jadualkan penghantaran anda dengan segera atau sehingga 30 hari lebih awal.

Pilih Kenderaan

Pilih kenderaan penghantaran mengikut keperluan penghantaran anda, sama ada motosikal, kereta, lori, 4 x 4, van atau lori.

Sahkan Penghantaran Anda

Masukkan nota tambahan untuk rakan kongsi penghantaran anda. Pilih kaedah pembayaran dan gunakan kupon jika tersedia.

Jejaki Pesanan Dalam masa Nyata

Nikmatik ketenangan fikiran dengan penjejakan GPS penghantaran anda dalam masa nyata.

Ganjaran Raya Lalamove

Sempena musim perayaan yang bakal tiba ini, Lalamove dengan berbesar hati ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bertuah ketika menggunakan servis Lalamove. Hadiah utama yang ditawarkan adalah Prism TV Q65-QE manakala hadiah kedua adalah Samsung Galazy Z Flip 3. Menarik bukan, tapi bukan setakat itu sahaja, ada lagi hadiah lain yang menanti.

Antaranya ialah hadiah ketiga merupakan Samsung Galaxy Buds 2 sebanyak dua unit dan juga hadiah saguhati buat tempat keempat sehingga ketujuh yang merupakan pek kupon penghantaran Lalamove.

Bagaimana nak menang, mudah sahaja, anda hanya perlu sertai Ganjaran Raya Lalamove dengan mengikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Klik sepanduk “Ganjaran Hari Raya 2022” dalam aplikasi smartphone Lalamove.
  2. Lengkapkan misi untuk mendapatkan 1 tiket. Misi disediakan dalam bentuk membuat pesanan penghantaran minimum atau menambah nilai dompet Lalamove.
  3. Buka kotak dengan tiket untuk melihat ganjaran anda.
  4. Jika anda memenangi kupan Lalamove, klik “Tebus Sekarang” untuk menyimpan kupon tersebut dalam dompet Lalamove. Jika anda memenangi hadiah utama, kami akan menghubungi anda untuk berkongsi maklumat pemberian hadiah.

Tapi macam mana nak lengkapkan misi? Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat dua pesanan bagi mendapatkan 1 tiket di mana kelayakan untuk mendapatkannya adalah sehingga 20 tiket sahaja. Untuk pengguna kali pertama, anda hanya perlu menambah nilai dompet Lalamove anda buat kali pertama untuk mendapatkan 1 tiket. Buat semua pengguna pula, setiap 1 tambah nilai dompet Lalamove boleh dapat 1 tiket dengan kelayakan sehingga 3 tiket sahaja.

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai ganjaran ini, anda boleh melayari pautan INI.

Senang kan bila ada servis sebegini, boleh hantar jauh dengan cepat, lagi menarik tak risau barang akan hilang. Apa yang lagi penting dengan servis Lalamove adalah siap boleh menang ganjaran raya lagi. Meriah lah raya tahun ini kalau bertuah dapat hadiah utama tu.

Jadi, janganlah lepaskan peluang bagi Ganjaran Raya ni. Cepat-cepat muat turun aplikasi Lalamove dan nikmati servis yang ditawarkan oleh mereka. Ikuti dan layari juga laman web dan media sosial Lalamove untuk melihat pelbagai lagi ganjaran untuk anda.

Facebook 

Instagram

Youtube

Twitter



syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.