Sehingga hari ini rakyat Palestin masih lagi berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka. Malah, krisis yang melanda di negara itu masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir sepenuhnya.
Pun begitu, masyarakat dunia juga tidak pernah berhenti menyuarakan solidariti kepada mereka dan sentiasa bermurah hati menyalurkan bantuan.
Mengenangkan nasib dan penderitaan yang dialami mereka, sesiapa sahaja pasti akan merasa sayu dan terkilan.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video di laman sosial yang memaparkan momen bermakna yang dialami oleh seorang pemuda Palestin ketika berada di kota suci Mekah.
Menerusi video tersebut, pemuda itu bertemu dengan pasangan suami isteri dari Tunisia yang memberikan reaksi tidak terjangka terhadapnya.
Untuk mengetahui mengenainya, mari ikuti perkongsian seorang pengguna Facebook, Muhammad Azhar Zailani di bawah ini.
Pakcik dan makcik ini mungkin orang biasa sahaja dilihat dari cara dia mengendalikan handphone nya.
Suasana ini biasanya berlaku kepada seorang yang pertama kali melakukan tawaf dan selesai solat sunat tawaf.
Mereka ingin merakamkan kegembiraan, kesyukuran dan ingin dikongsi kepada anak cucu di tanah air.
Melihat kesukaran berselfie itu, seorang pemuda menawarkan diri untuk membantu mengambil gambar yang lebih cantik dari sudut yang lebih sesuai menampakkan kaabah.
Usai membantu, pemuda menanyakan pakcik itu dari mana. “Dari Algeria?” Tapi dijawab “Tunisia”. Pakcik tu kembali bertanya biasa sahaja sebagai adat setelah orang bertanya “ kamu dari Yaman ke?” Dijawab “Palestin”. Dengan lebih fokus dan bersungguh ditanya sekali lagi “Palestin? Gaza?”.
Pakcik tersebut mula tersentuh jiwa sehingga dia yang lebih tua tanpa sedar ingin mencium tangan pemuda tersebut setelah menghulur tangan untuk berjabat. Pemuda tersebut dengan penuh adab segera menarik tangan dan mencium kepala pakcik itu.
Senario seterusnya adalah pakcik dan makcik itu tidak putus-putus mendoakan untuk Palestin dan Gaza. Mereka menangis penuh simpati. Sayu mengenangkan nasib rakyat di sana.
Begitu lah suasana spontan muslim yang didalam jiwanya ada Palestin, Gaza dan Al Aqsa.
A young Palestinian offers to help a Tunisian family take pictures. When they know that the photographer is from Palestine, in particular Gaza, a kind, spontaneous and touching act happens..♥️🇵🇸 pic.twitter.com/bp1zZFFLZd
— DAYS OF PALESTINEᅠ (@DaysOfPal) April 26, 2022
Sumber: Muhammad Azhar Zailani