Siakap Keli
Gambar: Google

Lelaki Tak Sengaja Telan Mata Gerudi Ketika Dapatkan Rawatan Gigi

Seorang lelaki berusia 60 tahun berdepan detik cemas apabila mata gerudi yang digunakan oleh doktor gigi semasa pemeriksaan telah ‘disedut’ olehnya.

Memetik laporan CNN, mata gerudi bersaiz satu inci itu telah masuk ke dalam paru-paru lelaki tersebut.

“Saya tidak tahu apa-apa, selepas rawatan saya dimaklumkan bahawa saya telah tertelan alat itu.

“Saya bahkan tidak sedar saya tertelannya, saya hanya mengalami batuk ketika itu.

“Apabila mereka melakukan imbasan CT, mereka mendapati bahawa saya tidak menelannya tetapi sebaliknya ‘menyedut’ mata gerudi tersebut,” katanya.

Mata gerudi logam yang tajam itu dikatakan telah masuk ke bawah paru-paru sebelah kanannya.

Difahamkan, bentuk mata gerudi yang tajam itu menyebabkan dia batuk berdarah.

Pakar pulmonologi, Abdul Hamid Alraiyes berkata keberadaan objek asing di dalam paru-paru biasanya memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan sebahagian paru-paru bersama-sama objek yang tersepit.

“Benda asing itu berada di dalam mulut dan bakteria di dalam mulut adalah bakteria yang paling ganas dan agresif.

“Jika ia kekal berada di situ, ia akan menjadi bengkak bernanah dan disebabkan itulah ia perlu dikeluarkan dengan segera,” katanya.

Tambahnya lagi, dia dan pasukannya mempunyai cara yang kreatif untuk mengeluarkan mata gerudi tersebut.

Menurutnya, dia menggunakan bronskopi robotik iaitu teknik yang biasanya digunakan untuk mengesan nodul kanser paru-paru kecil.

Mereka berteori bahawa saiz tiub yang kecil akan digunakan untuk membolehkan mereka mengesan saluran udara yang sempit dan mengeluarkan mata gerudi tanpa merosakkan paru-parunya.

Prosedur 90 minit itu dilakukan seperti yang dirancang dan mata gerudi terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, lelaki tersebut pula telah pulang ke rumah pada hari yang sama dan kini sedang menjalani pemulihan.

BACA: Doktor Kongsi Kes Budak Tertelan Syiling, Gesa Ibu Bapa Supaya Sentiasa Awasi Anak

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.