SUBANG JAYA – Sempena sambutan Syawal tidak lama lagi, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus menawarkan keseronokan dan kegembiraan kepada pengguna Shoppee melalui Istimewa Raya MYDIN di Shopee dengan pelbagai tawaran istimewa dan diskaun hebat yang akan berlangsung 27 April ini.
Pengguna Shopee boleh mendapatkan tawaran barangan keperluan Aidilfitri ini antaranya barangan keperluan dapur dan memasak, pakaian, aksesori, biskut raya serta perhiasan rumah di aplikasi MYDIN di Shopee.
Kempen yang mengambil tema “Senyuman Syawal, Lebih Murah, Lebih Meriah” menjanjikan tawaran penjimatan kepada rakyat Malaysia dan mereka boleh mengatur perbelanjaan secara bijak bagi sambutan hari raya yang lebih “Meriah” dan bermakna. Lebih menyeronokkan, pada 26 April 2022 (Selasa) jam 10.00 malam yan akan bersiaran langsung di Facebook Shopee dan sosial media MYDIN Malaysia yang akan menampilkan selebriti terkenal tanah air iaitu Remy Ishak dan Chef Fazli Omar.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan Syawal ini, kempen ini juga turut menawarkan baucar yang mempunyai tempoh masa dan rebat “special coins” bagi penjimatan lebih berganda kepada pengguna aplikasi tersebut. Pelanggan juga boleh menikmati 12 % diskaun and 800 mata maksimum dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas sepanjang 27 April. Selain daripada itu, enam pelanggan yang berbelanja dengan nilai tertinggi pada hari tersebut bakal mendapat kotak barangan IKS yang berisi barangan tempatan pilihan MYDIN yang bernilai RM115.
Dalam pada itu, mengambil kira jumlah kunjungan pengguna yang meningkat di platform tersebut terutamanya ketika Ramadan dan menjelang sambutan Syawal, MYDIN turut menaiktaraf sistem pengurusan kepada Dropee Multi-channel Ecommerce dan AC2’s Wave Warehouse Management System (WMS) bagi memastikan kecekapan dan memberikan keselesaan kepada pengguna terutamanya pada waktu kemuncak.
Kempen Senyuman Syawal MYDIN juga mengajak semua masyarakat untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan terutamaya ketika musim perayaan dengan membeli Kotak Kombo Raya yang berharga RM50 sehingga RM80 bagi meringankan perbelanjaan persiapan sambutan Syawal mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial MYDIN Malaysia.