Raya dah nak tiba, tapi banyak lagi kelengkapan yang belum disediakan. Pakaian lagi, barangan nak balik kampung lagi, hidangan syawal lagi dan macam-macam lah. Bila dah senaraikan semua ni, mesti akan terfikirkan mengenai kewangan kerana perbelanjaan akan menjadi lebih besar bila tiba musim perayaan.
Bila masuk ja bulan Ramadan, isteri nak kelengkapan dapur baru sebab senang nak buat kuih raya katanya. Si anak pula nak perhiasan baru, barulah meriah raya nanti kan. Nanti nak balik kampung, tak akan tangan kosong ja, mestilah ada buah tangan kan. Jangan risau sebab anda boleh ja dapatkan semua yang disenaraikan dalam fikiran anda, isteri dan anak dengan harga yang sangat murah.
Jualan Mega Raya 80% + 15% = 95% Diskaun
Kalau anda nak tahu, pada ketika ini sehingga 30 April, Go Shop sedang melaksanakan Jualan Mega Raya dengan diskaun sehingga 80% daripada pelbagai pilihan produk untuk persediaan raya. 80% pun dah cukup tinggi, apatah lagi kalau digabungkan dengan diskaun melalui platform pembayaran pula. Maksud penulis adalah anda boleh mendapat potongan sehingga 15% pula sekiranya membayar barangan tersebut dengan menggunakan GrabPay. Jadi, sekiranya digabungkan, anda boleh dapat sehingga 90% diskaun apabila membeli-beli di Go Shop.
Memang tak masuk akal kan? Tapi tak habis setakat itu sebabnya Go Shop melalui Jualan Mega Raya juga menyediakan penghantaran percuma khas untuk anda. Tak kan nak lepaskan peluang pula kan, anda boleh dapat barangan dari serendah RM10 namun ingat, stok adalah terhad. Jadi kena lah cepat-cepat kan.
Diskaun Sehingga RM50 Dengan Kod Promo
Bukan setakat itu saja, pelanggan juga boleh menikmati diskaun RM15 dengan menggunakan kod promo ‘GOSHOP15’ untuk pembelian minima RM180. Tidak terhenti setakat itu, diskaun RM35 juga ada dengan kod promo ‘GOSHOP35’ untuk pembelian minima RM300.
Kalau nak lebih lagi, anda kena tunggu pada jam 12 tengah hari bagi setiap hari untuk kejutan harian yang pastinya berbaloi.
Pelbagai Rangkaian Produk Eksklusif
Seperti sedia maklum, platform GO SHOP memang sentiasa menghidangkan pelbagai produk-produk menarik untuk pelanggannya. Antara produk eksklusif sempena musim perayaan ini adalah seperti berikut:
Kelengkapan Dapur
Para isteri mesti suka ni, lagi bersemangat lah kan nak masak kalau dapat antara tiga produk ini. Antaranya ialah Equinox Double Casserole with Warmer, Cuisineur IH Cookware Set dan juga Royal Stuart Crystal Dining Set.
Deko Ruuma
Bila dah nak raya, mesti ada yang terfikir nak buat dekorasi rumah. Apa tidaknya, sempena raya mesti nak bagi suasana baru untuk rumah tersebut, barulah rasa seronok ‘lepak’ dalam rumah nanti. Jadi, anda boleh dapatkan produk seperti Coletti Cottage Home Fitted Sheet Set, OSUKI Living Room Silky Wool Carpet dan juga Haushalt Origami 5-Tier Folding Shelves di GO SHOP sekaranng juga.
Hidangan Syawal
Dalam sibuk nak beli kelengkapan dapur dan dekorasi rumah, jangan lupa pula akan hidangan syawal nanti. Takut rumah dah lawa, dapur dah canggih, tapi tiada makanan hendak dijamah pada pagi raya. Nak senang, anda boleh beli ja di GO SHOP tiga jenis produk makanan ni. Antaranya ialah Munif Hijjaz Cocoa, Tong Garden Raya Set, FGwalet Bird Nest with Kurma
Raya Spin & Win
Ingatkan dah habis, tapi ada lagi tawaran hebat dari GO SHOP ni. Kali ini GO SHOP nak bagi hadiah bernilai RM150,000 untuk dimenangi dalam Raya Spin & Win. Anda hanya perlu muat turun dan ‘check in’ dalam aplikasi Go Shop setiap hari untuk mendapatkan putaran percuma. Mana la tahu kan rezeki anda untuk nikmati wang tunai tersebut.
Tapi ingat, peraduan ini hanya dari 18 April sehingga 8 Mei sahaja tau.
Pelbagai Rancangan Khas
Banyak kan tawaran daripada GO SHOP untuk raya tahun ni? Nak lagi meriah? Raikan Raya bersama selebriti tempatan yang akan menampilkan pelbagai rangkaian produk eksklusif seperti kelengkapan dapur, deko rumah, produk fesyen dan juga kecantikan.
Antara selebriti yang terlibat adalah Datin Fouziah Gous, Munif Hijjaz, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Raja Azura, Rozita Che Wan dan juga Neelofa serta suaminya, Haris Ismail.
Jadi apa lagi, anda boleh ke siaran berikut untuk nikmati rancangan khas sempena musim perayaan kali ini:
- Go Shop RUUMA (CH 118): Dapur Raya, Jom Try Rasa, Gazebo Riuh
- Go Shop GAAYA (CH 120): Seri Lebaran
- Go Shop BAARU (CH 111): Go Anggun
RM30 Juta Duit Raya
Khas untuk pelanggan Go Shop, anda akan menerima RM10 duit raya untuk membeli-belah di Go Shop dari 1 Mei sehingga 8 Mei. Banyak sungguh yang Go Shop bagi kan.
Kalau mahukan maklumat lanjut, anda boleh layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.