Siakap Keli
pengumuman rasmi tarikh aidilfitri
Gambar: Jabatan Penjara Malaysia via Google

Pengumuman Rasmi Tarikh Aidilfitri Ahad Ini – JAKIM

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan diumumkan pada malam 1 Mei, Ahad ini, umum Unit Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut JAKIM, pengumuman rasmi tersebut dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Difahamkan, penetapan tersebut adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi di seluruh negara.

Justeru, 1 Syawal yang bakal menjelang ini pastinya akan menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Semoga raya tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT.

Gambar: Twitter JAKIM

Sumber: Twitter JAKIM

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.