Siakap Keli
pelajar pukul rakan
Gambar via FB Polis Langkawi

Pelajar Lelaki Dipukul Rakan-rakan Di Langkawi, Disyaki Akibat Selisih Faham – Polis

Hari ini tular sebuah video memaparkan seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di dalam kelas di sebuah sekolah di Langkawi.

Bagaimanapun video tular tersebut tiba ke pengetahuan pihak polis, selain satu laporan dibuat oleh mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Sharman Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berumur 16 tahun pada awal pagi tadi.

“Semakan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 27 April (semalam) lebih kurang pukul 9 pagi di sebuah kelas di sekolah berkenaan.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan polis.

“Suspek sedang dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” tambah kenyataan itu lagi.

Video tersebut tular di media sosial hari ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi berbeza daripada warganet, rata-ratanya dipercayai mengecam tindakan pelajar terbabit.

Sumber: Facebook Polis Langkawi

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.