Siakap Keli

Selalu Baca Tapi Ramai Tak Tahu, Ini Maksud Indah Doa Qunut Subuh & Kelebihan Bila Diamalkan

Mesti ada di antara kita yang kadang-kadang terlupa membaca doa qunut ketika menunaikan solat fardhu Subuh kan? Ya, kita hanyalah manusia biasa yang banyak kekurangannya, maka sebab itulah kita tak terlepas daripada sifat ‘lupa’ ketika melakukan sesuatu.

Tetapi jangan risau, apabila kita terlupa atau tertinggal satu perbuatan dalam solat, sujud Sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.

Bercakap mengenai doa Qunut, ramai daripada kita masih lagi tidak mengetahui maksud-maksud indah yang ada di sebalik doa ini. Bahkan di dalamnya terkandung permintaan-permintaan kita sebagai hamba kepada Yang Maha Esa.

Apakah maksud dan fadilat disebalik bacaan doa Qunut ini?

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut penjelasan daripada Imam Muda Hassan, perkataan Qunut itu membawa maksud doa atau taat kita kepada Allah SWT. Kita di Malaysia, khususnya yang berpegang kepada Mazhab Imam Syafie, doa qunut dibaca ketika solat subuh.

Jelasnya, maksud doa ini cukup cantik dan tersusun cara kita berdoa memohon pertolongan dan pengampunan daripada Allah.

Didalam Mazhab Imam Syafie, doa Qunut ini adalah sunat Muakkad iaitu solat yang sangat dituntut, jika tidak dibuat atau terlupa, seseorang itu kemudiannya perlu melakukan Sujud Sahwi.

Cara pengamalannya juga mudah, selepas i’tidal dan membaca “Sami’allahu liman hamidah”, kita mengangkat tangan seperti kelaziman ketika membaca doa-doa yang lain, lalu dibacakan doa Qunut ini.

Bagaimana pun, tidak seperti doa-doa lain yang kebiasaannya kita menyapu tangan ke muka apabila habis berdoa, doa Qunut pula tidak memerlukan kita berbuat demikian.

Bagaimana pula jika ada individu yang tidak menghafal doa ini tetapi tidak mahu hilang pahalanya?

Lalu timbul persoalan, sekiranya doa Qunut adalah amalan sunat yang sangat dituntut, bagaimana dengan mereka yang tidak menghafal doa ini?

Menurut Imam Muda Hassan, seseorang itu masih boleh mengangkat tangan untuk berdoa seperti biasa dan mana-mana doa yang diingatinya. Tetapi doa itu wajib dibaca di dalam bahasa Arab.

Antara doa yang ringkas yang boleh dibaca adalah seperti berikut;

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami, Pemelihara kami, berikanlah kepada kami di dunia ini akan kebaikan dan begitu pula di akhirat akan kebaikan. Dan lindungilah kami dari azab neraka.

Bagaimanapun, lebih molek sekiranya kita menghafal doa ini memandangkan ia tidaklah terlalu panjang dan sudah diajar sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Kami kongsikan petikannya dibawah.

Gambar: Sunnah Rasulullah

Menurut Imam Muda Hassan lagi, sesuai dengan makna doa yang sangat indah, doa ini juga ibarat permohonan kepada Allah untuk melindungi kita daripada perkara tidak diingini di sepanjang hari.

Untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang doa ini atau ingin menghafal, bolehlah tonton video di bawah.

Moga-moga dengan membaca doa ini, Allah melindungi kita sekeluarga.

Sumber: Youtube Siakap Keli 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.