Cyberjaya – Sejak awal malam semalam, kebanyakkan kenderaan sudah mula membanjiri lebuhraya utama negara seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 2.20 petang tadi, trafik mula perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak arah Kuantan dan genting Sempah ke Lentang.
Kenderaan dijangka meningkat selepas waktu bekerja hari ini apabila ramai sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba. Rancang perjalanan anda supaya tidak terlalu lama tersekat dalam kesesakan di lebuhraya.
Semua pemandu dinasihatkan memandu berhati-hati, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan berhenti jika mengantuk untuk berehat. Sentiasa patuh kepada undang-undang lalulintas.
Pastikan anda menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi kerana dijangka kawasan Rehat dan Rawat juga akan dibanjiri pengguna lebuhraya.
2.20pm KLK@E8 : Trafik mulai perlahan ;
– Sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Kuantan
– Genting Sempah ke Lentang pic.twitter.com/8pxgqRC55R— LLM Trafik 🇲🇾 (@LLMinfotrafik) April 29, 2022
Sumber: LLM