Siakap Keli
Raya

“Umur Dah 27, Saving Dah Berapa” Ditanya Soalan Sentap Masa Raya, Ni Cara ‘Win’ Nak Jawab

Raya akan menjelma beberapa hari je lagi. Rata-rata umat Islam di Malaysia teruja nak menyambut hari raya kali ini. Ya lah, dah dua tahun tak dapat beraya bersama keluarga tersayang di kampung.

Masa ni lah nak eratkan kembali hubungan kekeluargaan. Tapi bila dah lama terpisah, mesti ada banyak soalan nak ditanya. Hal kahwin, kerja apa, anak berapa orang, ini lah topik biasa bila menjelang hari raya.

Sedar tak sedar, dalam niat nak bertanya khabar, ada sesetengah individu yang mungkin terasa hati dengan pertanyaan kita. Terutamanya bila ramai yang teruji sejak pandemik ni baik dari segi kewangan, pekerjaan, mental, rumah tangga dan banyak lagi.

Ditanya soalan sentap, nak jawab apa?

Kalau ada yang bertanya soalan ‘pedas’, jangan melenting dulu, kita jawab dengan berhikmah. Taknak jawab pun tak apa asalkan tolak dengan berhemah.

“Maaf, saya rasa soalan tu agak peribadi untuk dijawab.”

Ataupun kita yang tanya mereka dengan soalan-soalan terlebih dahulu. Ada orang bila dah asyik bercerita, dia akan terlupa nak bertanya tentang kita.

“Umur dah meningkat, saving dah ada ke?”

Tapi ada masa, tak sempat juga nak mengelak soalan mereka. Jawab sajalah apa yang termampu.

“Simpanan tak adalah banyak mana, tapi sekarang ni saya buat Pembiayaan ASB/-i Maybank je untuk dijadikan simpanan masa depan. Ada pilihan bayaran serendah RM42 sebulan, tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun, dividen tahunan yang konsisten dan pelaburan dengan risiko yang rendah. Nak mohon online pun boleh kalau guna Maybank.”

Jawapan ni kalau makcik-makcik dengar, silap hari bulan terus nak buat menantu. Cerah masa depan anak dia.

#IkatanDisyukuri Bersama Maybank

Kalau anda nak tahu, #IkatanDisyukuri Bersama Maybank bertujuan untuk ajak seluruh ahli keluarga dan orang ramai bangkit bersama di kala endemik ni. Di kesempatan hari raya ni lah waktu sesuai untuk kukuhkan kesihatan kewangan dan hubungan kekeluargaan.

Ada banyak tawaran dan diskaun khas untuk anda nikmati bersama insan tersayang. Apa yang lebih menarik, anda boleh ajak keluarga dan kawan-kawan untuk menyimpan bersama dan menangi hadiah yang lumayan. Anda hanya perlu daftar melalui Maybank2u untuk “Save & Grow Together-gether” dan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM110,000. Lagi ramai orang mendaftar lagi tinggi peringkat hadiah tunai yang anda boleh buka dan menang. Sekarang ni, dah level 3 dengan jumlah RM45,000. Selepas ini pula, level 4 dengan jumlah RM60,000 dan seterusnya level 5 berjumlah RM110,000.

Bukan tu je, Maybank juga akan bagi cashback sehingga RM10,000 kepada sesiapa yang balik kampung dan isi minyak di mana-mana stesen minyak Shell menggunakan kad debit Maybank sepanjang kempen berlangsung. Seronok betul bila ada yang ‘sponsor’ kita balik kampung.

Tak cukup dengan tu, pengguna kad Maybank berpeluang mendapat pelbagai hadiah seperti gold bar 20 gram, kereta Mercedes-Benz A200, Honda City Hatchback, TV Samsung dan duit raya bernilai RM5,000.

Nak raya, mestilah beli barang mentah untuk masak, kan? Anda boleh dapat diskaun sehingga RM15 bila beli di Happy Fresh dengan kad Maybank dan kod promosi HAPPYMAYRAYA. Pengguna baru pula boleh dapat diskaun hingga RM20 dengan kod promosi NEWHAPPYMB hingga 31 Mei ni.

Banyak lagi lah hadiah dan promosi daripada Maybank kali ni. Ada Raya Deals, Win With Cards, E-Carnival, Extra Meriah, Exclusive For Premier & Privilege, Blessed Business dan MyTreats. Nak tahu lebih lanjut, klik je sini.

Dengan tema Ikatan Disyukuri bersama Maybank, pelbagai manfaat yang anda serta ahli keluarga boleh dapat. Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita ramai-ramai memeriahkan lagi kempen #IkatanDisyukuri Bersama Maybank!

Untuk sebarang info dan pertanyaan dengan lebih lanjut mengenai promosi yang sedang berlangsung ini, anda boleh melayari laman web Maybank di sini. Atau, anda juga boleh mengikuti akaun rasmi media sosial Maybank di Facebook, Twitter, Instagram dan juga YouTube.

Ingat, yang kuat itu hubungan, yang lemah itu diri,

Nikmatilah setiap rezeki, kerana bila kasih diikat,

Semua disyukuri dan layak dihargai.

Adib Mohd