Siakap Keli
aleeya zailan

“Orang Pun Dah Takda Mama,” Ibu Saudara Sebak Terima Hadiah Rumah ‘Fully-Furnished’ Dari Aleeya Zailan

Untuk sesiapa yang selalu mengikuti Live Aleeya Zailan (pengasas Avenys) bersama suaminya (Big Boss) di Facebook, Instagram dan Tiktok, anda pasti rasa terhibur dengan telatah keluarga ini dan ragam mereka di dapur ketika memasak. Terasa aura mereka dekat dihati sekaligus membuatkan anda terus ternanti-nanti dengan cerita-cerita yang dikongsi Aleeya.

Lebih-lebih lagi bila Aleeya Zailan sekeluarga sering bercerita dengan penonton secara personal. Kan? Ramai yang tahu dan sedia maklum serba sedikit latar belakang Aleeya dan kesusahan yang Aleeya lalui sejak dari kecil sampai la sekarang bila dia dah berjaya.

Aleeya ni memang jenis ambik berat tentang keluarga dan mudah tersentuh dengan orang-orang tua yang susah. Dia tak kisah pun berhabis wang ringgit untuk belanja makcik-makcik dan sanak saudara dia makan yang sedap-sedap dan juga berbelanja di butik-butik mewah. Memang tak berkira! Pendek kata, apa yang dia boleh beri, dia akan beri dan bawa semua.

Ingin menumpang kasih lepas kehilangan ibunda tercinta

Aleeya sebenarnya sudah kehilangan ibu akibat dari penyakit kanser. Menurut Aleeya, walaupon dia sedih tapi dia rasa puas hati dapat jaga ibu dia semasa sakit sampailah ke akhir hayat. Pada waktu itu, dia ketepikan soal business and fokus 100% pada ibu dia. Sebab itulah dia mudah mesra dengan orang-orang tua dan ambik berat tentang kebajikan makcik-makcik dia sebab Aleeya ingin menumpang kasih mereka memandangkan dia pun dah kehilangan Ibu.

Makcik Leka

Bersempena dengan Ramadan tahun ni, Aleeya dengan seikhlas hatinya ingin berkongsi rezeki dengan Makcik Leka. Makcik Leka ni salah seorang Ibu Saudara Aleeya yang hidup susah dan tidak bernasib baik.

fully-furnished

Terpaksa besarkan 4 orang anak dengan gaji yang kecil

Suami Makcik Leka bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,300 sebulan, tinggal di rumah MAIM dan perlu menanggung 4 orang anak dengan pendapatan beliau seadanya serta hidup serba kekurangan. Bila Aleeya tahu tentang kesusahan Makcik Leka, dia terus turun ke Melaka dan berjumpa dengan Makcik Leka sendiri.

fully-furnished

Belikan rumah untuk sambut raya

Dulu Aleeya pun hidup menumpang Datuk dan Nenek. Pernah kena halau keluar dari rumah dan hidup susah sebab miskin dan tiada duit. Jadi bila Aleeya tahu keadaan Makcik Leka, Aleeya tak teragak-agak untuk belikan Makcik Leka sebuah rumah di Bukit Beruang siap dengan segala kelengkapan asas termasuk set bilik tidur, mesin basuh dan juga dapur. Barang-barang basah pun Aleeya sediakan. Aleeya nak, Makcik Leka sambut raya di rumah baru bersama keluarga dengan gembira tahun ni.

fully-furnished

“Aleeya tahu Acik tak mintak semua ni dekat Aleeya, tapi Aleeya faham kesusahan Acik dengan suami acik gaji RM1,300 nak hidup dengan kena tanggung anak lagi. Pernah kena halau, sama macam Aleeya jugak. Ambiklah Acik. Aleeya ikhlas. Aleeya pon dah takde Mama. Aleeya nak Acik hidup selesa. Aleeya pun nak tumpang kasih Acik.”

Selepas menyerahkan kunci rumah pada Makcik Leka, Aleeya bersama team Avenys meluangkan masa bersama Makcik Leka sekeluarga menikmati hidangan Ikan Bakar di Sungai Duyung.

Jelas kelihatan sinar harapan dan kebahagian di mata Makcik Leka dan semestinya Aleeya ialah insan paling bahagia ketika ini kerana mampu berkongsi rezeki bersama Makcik Leka. Semoga Ramadan dan Aildifri tahun ini memberi seribu kebahagian kepada Makcik Leka dan keluarga dan semoga Aleeya diberi rezeki yang mencurah-curah lagi selepas ini. Amin…..

Aqmal Ezany

I write what is right

Editor: Aqmal Ezany
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli