Siakap Keli

Rasmi, Aidilfitri Jatuh Esok

Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini secara rasminya jatuh pada tanggal 2 Mei esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau mengumumkan pengumuman rasmi tersebut dalam satu siaran langsung menerusi AWANI tepat pukul 8 malam tadi.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi daripada orang awam mengenai tarikh sebenar Aidilfitri bagi tahun ini.

Umumnya, semua sudah maklum bahawa 1 Syawal akan disambut pada 3 Mei, Selasa kelak, bertepatan seperti yang sudah tertera dalam kalendar.

Bagaimanapun beberapa negara sudah berjaya mencerap penampakan anak bulan (hilal) pada semalam.

Justeru, jabatan falak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan pencerapan anak bulan pada petang tadi.

Berikutan hasil pencerapan mendapati, anak bulan akhirnya telah kelihatan. Maka tarikh Aidilfitri secara rasminya jatuh pada 2 Mei esok.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia.

Sumber: Siaran langsung AWANI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'