Siakap Keli
aidilfitri singapura
Gambar: MUIS

Umat Islam Singapura Sambut Aidilfitri 3 Mei, Ini Sebabnya – Mufti

Seluruh umat Islam di Singapura secara rasminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa, 3 Mei ini, umum Mufti Singapura, Dr. Nazirudin Mohd Nasir.

Jelas Dr. Nazirudin, hal tersebut demikian kerana penampakan anak bulan Syawal (hilal) di negara tersebut masih belum kelihatan setakat menjelang Maghrib tadi.

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak juga mencukupi syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS.

“Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan selama 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1443H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada lusa, Selasa bersamaan 3 Mei 2022,” katanya.

Beliau mengumumkan pengumuman sedemikian menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada pukul 8 malam tadi.

Sementara itu, seluruh umat Islam di Malaysia pula disahkan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei esok, seperti mana yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

https://www.facebook.com/MUIS.SG/videos/693444335112949/

Sumber: Facebook MUIS

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: